CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mungkin Ada Yang Tak Faham" - Sufian Suhaimi Jawab Isu Bantal Zikir

2-2-2020 08:22 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8612| Komen: 29

Sudah menjadi tren selebriti kini menceburi bidang perniagaan. 

Kredit foto: Instagram Baby Pian

Terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi  turut menjual produk bantal berbunyi alunan zikir.

Produk 'Zikir Pillow' berlabel Baby Pian dikatakan unik kerana bantal sokongan itu turut dilengkapi bacaan doa dan surah lazim.


Walau bagaimanapun, Sufian Suhaimi mendapat teguran daripada segelintir warga maya mengenai penjualan produk bantal zikir itu.

Seorang pengguna Twitter ,The Visitor Q beranggapan menjual produk sebegitu seperti menunggang agama kerana menggunakan al-Quran sebagai pelaris jualan.


Tweet ini mengundang perdebatan di kalangan warga maya.


Jangan cepat menghukum!


Seeloknya kita sendiri yang membaca zikir, bukan bantal


Sufian kemudian tampil buka mulut apabila digelar penunggang agama oleh warga maya.





Mufti Wilayah Persekutuan pernah menyatakan sebelum ini bahawa perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu fitnah. 

Hal ini telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersi@l.

Mufti turut menasihatkan orang ramai agar menjadi orang yang berniaga mengikut apa yang diajar Rasulullah dan Syariat Islam dengan menjarakkan diri daripada unsur gharar supaya Allah memberkati perniagaan kita.

Sebaiknya Suffian mendapatkan khidmat nasihat daripada orang yang lebih arif sebelum mengeluarkan produk sebegini.-CARI

Sumber - Mufti Wilayah Persekutuan, Twitter Suffian Suhaimi




Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-2-2020 08:41 AM
Alahai.. comeynyer baby tu..
Quote minah_selekeh 2-2-2020 08:50 AM
Aku suka baca penerangan Mufti WP sebab beliau selalu ulas dengan jelas.. As for this pillow, it's a pass for me.
Quote LadyCarefree 2-2-2020 08:51 AM
Tunggang ugama dengan bantuan China. Hehehehe
Quote sarah82 2-2-2020 08:58 AM
Skrg ni kat utube byk video zikir.. Aku buka tu ja layan
Quote doubleA 2-2-2020 09:09 AM
Berapa harga bantal ni?
Quote natrahn 2-2-2020 09:27 AM
doubleA replied at 2-2-2020 09:09 AM
Berapa harga bantal ni?

Sebiji rm135
Quote krustykrab 2-2-2020 09:28 AM
sarah82 replied at 2-2-2020 08:58 AM
Skrg ni kat utube byk video zikir.. Aku buka tu ja layan

Betui tu...nk baca quran pun aku carik kat utube je...senang...
Quote doubleA 2-2-2020 09:28 AM
natrahn replied at 2-2-2020 09:27 AM
Sebiji rm135

Wahhh mahalnya! Sebab pakej suara rakaman heols plus bantal gebu je ke? Iols rela bacakan sendiri surah2 tu untuk diri sendiri atau anak
Quote sarah82 2-2-2020 09:49 AM
krustykrab replied at 2-2-2020 09:28 AM
Betui tu...nk baca quran pun aku carik kat utube je...senang...

Aku ada download byk2 zikir dan ayat2 al quran kat phone.. Jadi bila nak tido saja aku pasang.. Tak pun  buka dari utube..
Quote sarah82 2-2-2020 09:50 AM
Radio al quran pun murah dah skrg.. Baru rm40
Quote akumak 2-2-2020 02:10 PM
Dia  x paksa beli pun. Kalau nak baca sendiri ke nak guna utube ke, terpulang lah kat uols... aku rs ok je bantal ni. Bukan level 'kismis dibacakan ayat2 quran'. Cuma aku x beli la sbb RM135 idok mampu lagi {:childlike
Quote RatuDunia94 2-2-2020 02:15 PM
Ok jah for me..  mual2 mcm nk beli gak utk anak buah iols.. tp bila tau suara heols kat bantal tu iols x jd beli lah.. demam kang..
Quote CikB 2-2-2020 04:57 PM
no komen....
Quote Orix 2-2-2020 05:53 PM
hek eleh, selama ni PU dai yg terang2 tonggang agama jual agama ko xde pulak bising khuens? dai syed ka hapa tah jual koko timbang kilo claim boleh lawas berak bagai xde ko nk bising....

yg baby pian ni jual bantal zikir iols okeh jah
Quote bakingsoda 2-2-2020 07:14 PM
mungkin harga rm135 tu terletak pada suara penyek dia tapi kan kalau wat tido pasang zikir contoh kat dorm err tak mcm mengganggu org lain ke? ke telinga yg tekup kat bantal je akan dengar? aku dulu penah tido pasang zikir guna earphone, tapi sakit telinga sbb earphone tu kan keras. ni kira alternatif yg baik kalau org yg guna bantal tu je boleh dengar
Quote Jerambut 2-2-2020 08:10 PM
Semak betul komen tunggang agama bagai ni

Babypian ni bukanlah artis yg aku minat, tapi yg dia buat ni bukan lah salah pun.

Formula jual agama ni, ada jaminan tertentu.  Beli ini, jadi ini.

Bantal dia ni, bukan ada jaminan tu pun.
Ada suara dia berzikir aje. Bukan lepas dengar tu, jadi hafeez dan baik.
Dia semata-mata device.
Aku tak perlu dan tak mahu. Tapi mungkin ada yg berminat, biar lah.
Eh paham ke takni... alat macam Al Quran, radio AL Quran, radio zikir, jam kiblat, sabun tanah liat, etc.
Memang alat bantu beramal pun, tapi takat tu je la.

Lain la kalau dia kata barokah dia buat rakaman di Makkah di bilik azan masjidil haram, mengalir keberkatan kpd yg mendengar.... yg tu ye lah, bantal zikir tunggang agama sampai tertonggeng.
Quote vender 2-2-2020 10:15 PM
Okay ja bantal zikir ni. Target customer dia kan utk budak-budak bukannya org tua. Tapi kalau org tua nak guna itu terpulang.
Konsep dia sama macam jual album dakwah si hafiz midun tu cuma ni dlm bentuk bantal. So apa yg bezanya? Dia tak ckp pun rakaman di makkah so ada aura 18/19 bilal bin rabah kat bantal tu. takde unsur yg mengarut pun.
aku sokong je apa yg dia buat walaupun aku tak suka suara dia

Harga dia mahal maybe sbb dia artis. Kerja sufian suhaimi ni penyanyi, confirm lah dia jual suara. So charge mahal sikit, ala-ala album recording dia lah. Mungkin lepas ni akan ade sykt lain yg jual benda lebih kurang sama dgn harga lebih murah pula. Kalau rasa mahal and tak mampu menabunglah dulu or tak payah beli.
Quote dudaberhias 2-2-2020 10:23 PM
LadyCarefree replied at 2-2-2020 08:51 AM
Tunggang ugama dengan bantuan China. Hehehehe

iolsss tengok kosnya satu tak sampai 30 hengget... tapi kalau oem dengan packaging lawa dalam 50 hengget la jugak satu... jual rm130... mahal ya amat tapi kalau retis meniaga memang tak sah kalau tak jual harga yahudi dan nak untung banyak...


shipping ke sini tak pasti.... rasanya 10 hengget ke apa macamtu kalau pakai sea...
Quote dudaberhias 2-2-2020 10:24 PM
vender replied at 2-2-2020 10:15 PM
Okay ja bantal zikir ni. Target customer dia kan utk budak-budak bukannya org tua. Tapi kalau org tu ...

ok jah produk heolss ni... ada je manfaat dan benda positif untuk budak2....
mahal memang mahal.. tapi dia tak target orang tak mampu kot

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063598 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top