Walau bagaimanapun, Sufian Suhaimi mendapat teguran daripada segelintir warga maya mengenai penjualan produk bantal zikir itu.
Seorang pengguna Twitter ,The Visitor Q beranggapan menjual produk sebegitu seperti menunggang agama kerana menggunakan al-Quran sebagai pelaris jualan.
Tweet ini mengundang perdebatan di kalangan warga maya.
Jangan cepat menghukum!
Seeloknya kita sendiri yang membaca zikir, bukan bantal
Sufian kemudian tampil buka mulut apabila digelar penunggang agama oleh warga maya.
Mufti Wilayah Persekutuan pernah menyatakan sebelum ini bahawa perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu fitnah.
Hal ini telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersi@l.
Mufti turut menasihatkan orang ramai agar menjadi orang yang berniaga mengikut apa yang diajar Rasulullah dan Syariat Islam dengan menjarakkan diri daripada unsur gharar supaya Allah memberkati perniagaan kita.
Sebaiknya Suffian mendapatkan khidmat nasihat daripada orang yang lebih arif sebelum mengeluarkan produk sebegini.-CARI
Sumber - Mufti Wilayah Persekutuan, Twitter Suffian Suhaimi