CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Capai Target Jualan, Kena Hukuman Merangkak

23-1-2020 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2850| Komen: 18

Gara-gara tidak dapat mencapai sasaran jualan yang ditetapkan, pekerja di sebuah syarikat di China dihukum merangkak di hadapan kakitangan lain. 

Memetik laporan Daily Mail, mereka yang dihukum itu terdiri daripada pengurus dan pengarah syarikat. Mereka dikatakan' menghukum' diri dengan berbuat demikian pada majlis makan malam bersama kakitangan yang lain di sebuah restoran di Jilin.

Foto: Dailymail
Ini berdasarkan pengakuan seorangan kakitangan yang berkata, mereka melakukan aksi tersebut atas kerelaan sendiri. 

“Ada di antara mereka yang merangkak dan membuat tiga pusingan di lokasi berkenaan selepas gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan pada pertengahan tahun,” katanya.

Difahamkan juga pada majlis itu, terdapat beberapa kakitangan yang memegang bendera sambil menyebut 'saya bersumpah, saya bertanggungjawab' dengan menggunakan pembesar suara.

Sebelum ini juga banyak kisah dan laporan mengenai hukuman pelik di China terhadap kakitangan syarikat. Namun, ada juga yang dijadikan publisiti semata-mata.  - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • cikkut


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ennai83 23-1-2020 08:42 AM
erk kiasu sangat
Quote Simunggu 23-1-2020 10:43 AM
kalau di buat di malaysia banyak lah menteri PH yg merangkak di putrajaya masuk office.
Quote gaara_X 23-1-2020 10:55 AM
kalau nak sangat ikut cara deme nie...pindah sana je laa....
Quote ninja boy 23-1-2020 11:34 AM
Gila betul kumunis robot
Quote Artemesiaa 23-1-2020 11:37 AM
Dah macam hamba abdi nasib kat sini tak ada yang dikenakan denda sebegini
Quote CARI-MAMS 23-1-2020 03:10 PM
Gara-gara tidak dapat mencapai sasaran jualan yang ditetapkan, pekerja di sebuah syarikat di China dihukum merangkak di hadapan kakitangan lain.


Memetik laporan Daily Mail, mereka yang dihukum itu terdiri daripada pengurus dan pengarah syarikat. Mereka dikatakan' menghukum' diri dengan berbuat demikian pada majlis makan malam bersama kakitangan yang lain di sebuah restoran di Jilin.


Foto: Dailymail


Ini berdasarkan pengakuan seorangan kakitangan yang berkata, mereka melakukan aksi tersebut atas kerelaan sendiri.


“Ada di antara mereka yang merangkak dan membuat tiga pusingan di lokasi berkenaan selepas gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan pada pertengahan tahun,” katanya.


Difahamkan juga pada majlis itu, terdapat beberapa kakitangan yang memegang bendera sambil menyebut 'saya bersumpah, saya bertanggungjawab' dengan menggunakan pembesar suara.


Sebelum ini juga banyak kisah dan laporan mengenai hukuman pelik di China terhadap kakitangan syarikat. Namun, ada juga yang dijadikan publisiti semata-mata.  - CARI
Quote Kuasaberganda 23-1-2020 03:26 PM
Eksesais sambil naikkan semangat
Quote Kuasaberganda 23-1-2020 03:26 PM
Eksesais sambil naikkan semangat
Quote GigaMom 23-1-2020 03:45 PM
Hina sangat jadi warganegara bangsa ni
Tu yg merempat seluruh bumi membawa diri dab keluarga
Quote husna_amal 23-1-2020 04:54 PM
Mungkin cara motivasi kan diri kot.
Quote qumbu 23-1-2020 10:01 PM
napa tak buat macam jepun...hara-kiri...
Quote dudaberhias 24-1-2020 03:48 AM
Deorang suka rela buat je. Nak train diri sendiri supaya dapat.capao target next.time... Over bebeno la

Tapi takde masalah pun. Mungkin menguatkan lagi mental katanya.
Quote singajantan 24-1-2020 08:12 AM
ye ker Cina ...bukan orang melayu ker india..cina kan baik2 semua ..xde racist xde mabuk sayang negara
Quote crazybeach 24-1-2020 08:51 AM
ha ni betul2 kena merangkak ni. mohon sediakan kneepad yach bak kata ummah forum gitu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051574 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top