Peniaga wanita ditahan mengedar dadah untuk melangsai hutang. Harian Metro melaporkan, sudah lebih 10 bulan suspek berusi 23 tahun itu mengedar dadah di Kuala Perlis, Kangar. Menurut laporan, wanita berkenaan ditahan dalam satu serbuan ketika dia selesai berniaga di gerai kecilnya, 8 malam tadi.
Turut sama dirampas adalah 4.8 gram dadah bernilai kira-kira RM800 yang diisi dalam 14 potongan straw kecil. “Seolah menyedari dia akan ditahan, wanita terbabit menangis dan mengaku terpaksa menjadi tokan dadah akibat menanggung kerugian dalam perniagaan selain mempunyai masalah hutang dengan ceti haram. “Dia juga mengaku bebanan hutangnya semakin kronik apabila terpaksa meminjam dengan beberapa ‘along’ bagi menyelesaikan masalah bebanan hutang perniagaan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Chan Ngai Ho.
Selain mengedar, dadah itu juga digunakan untuk diri sendiri. Suspek direman lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952. - CARI
|
husna_amal replied at 23-1-2020 12:37 PM
Macam ni hukuman ke tali gantung ke?
Artemesiaa replied at 23-1-2020 12:54 PM
Orang dalam kesusahan dan dalam keadaan amat terdesak tampa sokongan sesiapa pasti akan ambil jalan ...
husna_amal replied at 23-1-2020 12:37 PM
Macam ni hukuman ke tali gantung ke?
jazaa100 replied at 23-1-2020 12:53 PM
Tak.....
Bawah 10gm tak hukum gantung
jazaa100 replied at 23-1-2020 04:53 AM
Tak.....
Bawah 10gm tak hukum gantung
ADVERTISEMENT