Izrul Mat Taib berkongsi betapa remuk hatinya apabila bidadari tercinta dijemput Ilahi ketika usia anak baru sebulan menerusi Facebooknya. Loading FB Post... Isterinya telah meninggal dunia pada 14 januari 2020 iaitu kira-kira hampir sebulan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Norehan Zainal yang berusia 26 tahun telah pengsan dan dikejarkan ke hospital berikutan bacaan darahnya yang naik. Dia juga dikesan mempunyai darah beku dalam badan sebelum disahkan meninggal dunia. Tidak berakhir di situ, anak tunggalnya yang baru berusia 41 hari, Annur Ayesha binti Mohamad Izrul telah dijangkiti kuman hampir diseluruh badannya pula. Loading FB Post... Warga maya yang membaca perkongsian Izrul mendoakan Izrul tabah dengan ujian bertimpa yang sedang melanda ketika ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga dipermudahkan segala urusan kedua beranak ini.- CARI |
LadyCarefree replied at 26-1-2020 02:37 PM
Bukankah kalau baby ni tak survive maka melayu akan cakap tu anak syurga dan akan tarik mak bapak ke ...
tiesza169 replied at 27-1-2020 07:42 PM
In Shaa Allah arwah ibu baby akn jd penghuni syurga
ADVERTISEMENT