Menjadi wanita muslim di Malaysia boleh dikatakan sebagai sesuatu yang sangat sukar dan mencabar keimanan. Mana tidaknya, mereka perlu memakai tudung dan pakaian tertutup di bawah terik matahari membuatkan mereka akan lebih mudah berpeluh dan mengeluarkan bau badan kurang menyenangkan, jika tidak dijaga dengan teliti.
Namun, masih ada wanita yang tidak peka akan bau badan mereka tanpa memikirkan orang sekeliling yang perlu 'menahan maki' selepas terbau aroma semula jadi dan 'asli' dari tubuh mereka. Lebih teruk, ada sesetengah wanita gemar akan bau badan yang 'kepam' daripada memakai deodoran, malah mereka menganggap memakai minyak wangi atau deodoran itu adalah haram dan dilarang dalam agama kerana mengandungi alkohol. Baru-baru ini, pengasas produk kosmetik Kayman Beauty (@NabellaAnuar) memuat naik Tweet dengan bertanyakan tentang jenama deodoran yang digunakan pengguna Twitter lain.
Namun, lain pula yang terjadi apabila beberapa wanita mengaku mereka lebih gemarkan bau badan 'natural' daripada memakai deodoran. Pengakuan berani beberapa pengguna Twitter lain berkenaan mereka lebih gemar akan bau semula jadi telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang lain. Lebih teruk, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan wanita yang mempunyai masalah bau badan. Lebih malang, mereka tidak sedar akan bau badan diri sendiri. Persoalannya di sini, benarkah masih ramai wanita di Malaysia yang tidak memakai deodoran dalam rutin harian mereka? Kajian menunjukkan seseorang manusia akan cepat untuk menyesuaikan diri dalam bau di sekeliling mereka dan akan hilang keupayaan untuk mengesan bau yang baru. Situasi ini dipanggil 'olfactory adaptation' yang membuktikan sebab sebenar seseorang itu tidak sedar akan bau badan mereka yang kurang enak dan busuk itu. Buat anda di luar sana, jagalah kebersihan diri sendiri bukan hanya untuk diri sendiri, juga untuk keselesaan orang di sekeliling. Persoalannya, adakah anda seorang yang memakai deodoran atau lebih gemarkan bau 'natural'? - CARI
|
munchkin replied at 23-1-2020 10:10 AM
Pakai dr mist yg biru tu. Yg unscented tu. Serius bagus!!!
munchkin replied at 23-1-2020 10:10 AM
Pakai dr mist yg biru tu. Yg unscented tu. Serius bagus!!!
puteribaya replied at 23-1-2020 10:49 AM
hirisan limau paling power masa mandi..dan bila makan boleh buat ulam..jangan la yg ko dah gosok kat ...
KIM.K replied at 23-1-2020 11:24 AM
Sis, iols pernah keje dgn dentist kat satu elite area. Pagi sampai lewat petang dia belek mulut pa ...
Kampungpeoplesz replied at 23-1-2020 11:33 AM
iols kalau x selet deo 1 hari rase tak lengkap nak hidup 1 hari tu. Tlupe buh perfume takpe tp jgn x ...
ADVERTISEMENT