"Saya tidak tahu itu adalah dana SRC International." Datuk Seri Najib Tun Razak berkeras menafikan tahu mengenai dana yang didakwa dari syarikat SRC International Sdn Bhd telah dimasukkan ke akaun peribadinya.
Perbicaraan kes SRC semakin panas apabila mantan Perdana Menteri itu diasak Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram mengenai dana bernilai RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya antara penghujung tahun 2014 dan 2015. Memetik MalaysiaGazette, dana berkenaan dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun peribadi Ambank Ahli Parlimen Pekan itu; RM27 juta, RM10 juta dan kemudian RM5juta. Bagaimanapun, Najib kemudian dilihat tertekan apabila diasak tanpa henti hingga meninggikan suara. "Mengejutkan juga ya untuk mengetahui kamu telah membelanjakan setiap sen daripada wang-wang itu walaupun tidak tahu sumbernya," soal Sithambaram.
Najib kemudian menjawab dalam nada tinggi bahawa dia tidak tahu itu adalah wang SRC International. Beliau sekali lagi berkeras menjawab 'tidak tahu' ketika ditanya mengenai wang sebanyak RM27 juta telah dimasukkan ke dalam akaunnya pada 26 Disember. "Saya fikir ianya adalah sebahagian daripada dana untuk melakukan kerja-kerja korporat sosial (CSR). Jadi saya tidak tahu itu adalah dana SRC International," jawab Najib apabila Sithambaram mendakwa beliau telah membelanjakan semua wang itu. Sithambaram kemudian mempersoalkan Najib yang membelanjakan RM27 juta tanpa tahu apa-apa, namun Najib tetap dengan jawapannya dan mendakwa hanya tahu (wang itu adalah dari SRC) selepas itu. Najib juga mengakui membelanjakan dana RM5 juta itu, namun masih bertegas dengan jawapannya. "Ya betul. Tetapi saya tidak tahu itu duit SRC International. Saya tahu kemudian," jawabnya. Malah, Najib tetap berkeras 'tidak tahu' apabila Sithambaram menunjukkan senarai transaksi wang SRC International melalui syarikat subsidiri seperti Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd ke dalam akaun peribadinya. “Ya betul tetapi ketika itu saya tidak tahu tentang transaksi-transaksi ini memandangkan bukan saya uruskan akaun dan penyata bank juga saya tidak lihat. “Saya juga tidak pernah memberi apa-apa arahan supaya wang-wang ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya. Saya tidak tahu tentang transaksi itu,” tegasnya. - CARI
|
matamata replied at 22-1-2020 06:23 PM
Cerita ni kena seiring dgn kes Joanna Ex-Manager Ambank yg uruskan akaun Najib... Baca jugak kes ken ...
husna_amal replied at 23-1-2020 10:28 AM
Jawapan alasan nak selamat "Saya tak tau"
tobby replied at 22-1-2020 07:02 PM
Perbicaraan kes DSN hari ni lain maciam..
Pendakwaraya Sithambaram tanya kenapa DSN guna duit se ...
ADVERTISEMENT