Pemandangan belon udara panas terapung di langit sememangnya jarang dapat dilihat di Malaysia, jauh sekali mengalami sendiri keseronokan melihat muka bumi dari paras setinggi 60 kaki. Melalui penganjuran Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2020 di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya, rakyat Malaysia tidak perlu lagi mengembara ke luar negara seperti Cappadocia, Turki untuk menyaksikan dan menaiki belon udara panas. Memetik blog Red Angpow pada 20 Januari, acara yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya itu bakal berlangsung pada 19 hingga 22 Mac 2020. Orang ramai boleh memasuki lokasi pesta yang juga popular dengan nama MyBalloonFiesta secara percuma mulai pukul 7 pagi hingga 9 malam.
Bayaran hanya dikenakan kepada pengunjung yang ingin memasuki lokasi pelancaran dan menaiki belon udara panas. Harga tiket juga lebih murah jika dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang MyBalloonFiesta mulai 29 Disember 2019 sehingga 18 Mac 2020. Selain Malaysia, negara-negara lain yang mengambil bahagian dalam Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2020 adalah United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, Itali, Perancis, Sepanyol, Taiwan and Thailand. Belon-belon udara panas yang dipertunjukkan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti sotong kurita, teko dan kepala badut. Bagi mereka yang masih belum membuat perancangan semasa cuti pertengahan penggal pertama persekolahan tahun ini, bolehlah mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan mengunjungi MyBalloonFiesta. - CARI
|
CatMiow: Perbasket murah dah tu, dulu mcm sekepala duaratus, dah tu bukan terbang pun, dok tegak je terawang2 diudara.
mizruncing replied at 23-1-2020 02:51 PM
confirm jem punya nanti
ADVERTISEMENT