CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Konsert Hujan Kenalah 'Mosh' Tapi Dah Buat Di Mall Ni, Salah Siapa Bila Karpet Koyak?

24-1-2020 10:59 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 11416| Komen: 60|Original author: Oleh: green_lantern


Peminat muzik rock dan Indie memang sentiasa mahu menikmatinya dengan menyanyi dan menari bersama. Apatah lagi, jika yang membuat persembahan itu adalah kumpulan kegemaran mereka. 

Namun, apabila kumpulan muzik rock terkenal, Hujan menyanyi di dalam pusat beli-belah, ia jadi kecoh! 

Manakan tidak, semua peminat bagaikan lupa diri, terangguk-angguk kepala, menari hingga ada yang mendakwa karpet rosak. Lebih teruk, di luar sana ada pengunjung warga mas dan kanak-kanak menyaksikan panorama yang luar biasa itu bagi mereka.

Persoalannya, mengapa ia diadakan di khalayak terbuka?




Lebih dasyat, ada rakaman mereka yang sedang 'mosh pit' hingga mengakibatkan karpet menjadi rosak. 




Pelbagai pendapat disuarakan mengenai hal ini. Ada yang menyatakan ianya adalah konsert hujan, jadi tidak mungkin peminat yang mendengar diam sahaja tidak berkutik. 

Manakala, bagi yang bukan peminat pula menegaskan ianya adalah satu adegan pelik kerana diadakan di tempat terbuka.


Foto: IG

Tapi, ada yang berada di sana turut menyatakan tidak kira peringkat umur, mereka menikmati muzik tersebut. Dengan warga mas dan kanak-kanak berada di ruang atas, sementara peminat yang berada di hadapan pentas boleh dikatakan berusia awal 20-an. 

Masalahnya, puak inilah yang menari sampai lupa diri membuatkan situasi menjadi panas. 


Foto: IG

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh pihak penganjur. Mereka memang sukakan khalayak sebegini untuk menghangatkan lagi ruang legar. Dan tiada apa kerosakan yang boleh menandingi semua itu.


Foto: Twitter

Macam-macam cerita dari penganjur dan peminat muzik. Tempat yang tak sesuai ke, warganet yang tak 'chill' sebenarnya ni? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 24-1-2020 11:07 AM
Terbawak bawak feel gig sampai ke mall ke hahaha
Quote Kurex 24-1-2020 11:08 AM
macam ulat yg makan bangkai tu.. menggeletik-letik.. harap @Themilo takde dekat tengah2 tu, takut uols saje2 sendeng2 dalam ramai2 tu
Quote RumiMenari 24-1-2020 11:12 AM
Nampak busuk
Quote Boomibulat 24-1-2020 11:14 AM
Konon korang tu Slipknot ke..?
Quote lasagna 24-1-2020 11:14 AM
adeehhh, dh laa carpet utk CNY tu.. jahanam..
Quote prettyuglybabe 24-1-2020 11:15 AM
tetiba rasa geli sebab nampak macam ulat
Quote Lorra2411 24-1-2020 11:36 AM
hmmmm overnya memasing
Quote mdhelmi 24-1-2020 11:36 AM
kalo dah minat nk buat cane
dan lagu2 hujan je diorg selalu jamming sbb lagu tu je senang nk main dan nyanyi
Quote buapakperut 24-1-2020 11:37 AM
apa itu? mosh potato?
Quote sawks_rawks 24-1-2020 11:39 AM
ni konsert ke? or setakat mall jemput hujan nyanyi satu, dua lagu je?
pada aku, tak sesuai utk buat kat mall and open mcm tu kot. unless acoustic. aku penah pi konsert acoustic hujan.. helokkk je duduk.. last2 baru bgn..

kalo nk buat gig/konsert, sila buat kat tpt tertutup yehh..
Quote anony-mous 24-1-2020 11:44 AM
Euwww not my level. Dri band membawak ke peminat smua busuk
Quote mieymiey 24-1-2020 12:02 PM
Warga emas sis, bukan warga mas.
Quote annehuda 24-1-2020 12:35 PM
ngape mcm downgrade je artis malaysia ni takat nyanyi kt mall? negara lain retis baru pun dah tak nyanyi kt mall, nyanyi kt closed venue khas utk peminat2 berbayar je
Quote Kadaisaku 24-1-2020 12:47 PM
Ewww sangattt! Dari band sampai peminat semuanya bushukk
Quote bloodyamuk 24-1-2020 01:32 PM
alamak kecoh nye Hujan je pun...bukan lagu2 diorang boleh buat head banging macam SOAD ke NOFX ke...poyo je lebih korang ni...
Quote swimswim 24-1-2020 01:35 PM
Dkt shopping mall je pun, jgn bhat peel pelik sgt mcm konon2 konsert berbayar. Konsep dkt mall ni light n easy je. Sesuaikan la tempat n suasana sblm nak buat perangai
Quote Andyscenes 24-1-2020 02:20 PM
pelik budak sekarang ni. lagu rock alternatif dia buat mosh. zaman da berubah. mcm bodoh mosh lagu hujan hahah.. bayangkan hujan perform lagu aku scandal pastu dorg mosh. mcm x kena hanjing betul
Quote tintin22 24-1-2020 02:23 PM
Baru tau apa tu mosh
Quote mirebus 24-1-2020 02:41 PM
Eee mcm busyuk je

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044027 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top