Peminat muzik rock dan Indie memang sentiasa mahu menikmatinya dengan menyanyi dan menari bersama. Apatah lagi, jika yang membuat persembahan itu adalah kumpulan kegemaran mereka.
Namun, apabila kumpulan muzik rock terkenal, Hujan menyanyi di dalam pusat beli-belah, ia jadi kecoh!
Manakan tidak, semua peminat bagaikan lupa diri, terangguk-angguk kepala, menari hingga ada yang mendakwa karpet rosak. Lebih teruk, di luar sana ada pengunjung warga mas dan kanak-kanak menyaksikan panorama yang luar biasa itu bagi mereka.
Persoalannya, mengapa ia diadakan di khalayak terbuka?
Lebih dasyat, ada rakaman mereka yang sedang 'mosh pit' hingga mengakibatkan karpet menjadi rosak.
Pelbagai pendapat disuarakan mengenai hal ini. Ada yang menyatakan ianya adalah konsert hujan, jadi tidak mungkin peminat yang mendengar diam sahaja tidak berkutik.
Manakala, bagi yang bukan peminat pula menegaskan ianya adalah satu adegan pelik kerana diadakan di tempat terbuka.
Foto: IG
Tapi, ada yang berada di sana turut menyatakan tidak kira peringkat umur, mereka menikmati muzik tersebut. Dengan warga mas dan kanak-kanak berada di ruang atas, sementara peminat yang berada di hadapan pentas boleh dikatakan berusia awal 20-an.
Masalahnya, puak inilah yang menari sampai lupa diri membuatkan situasi menjadi panas.
Foto: IG
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh pihak penganjur. Mereka memang sukakan khalayak sebegini untuk menghangatkan lagi ruang legar. Dan tiada apa kerosakan yang boleh menandingi semua itu.
Foto: Twitter
Macam-macam cerita dari penganjur dan peminat muzik. Tempat yang tak sesuai ke, warganet yang tak 'chill' sebenarnya ni? - CARI
|