Sejak kebelakangan ini, kecoh betul kisah pelakon cilik Balqis yang hidup susah bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz selepas ibu bapanya berpisah sejak empat tahun lalu. Pelakon kecil itu mendedahkan bahawa tiada siapa yang membantunya apabila dia ditimpa kesusahan. Keluarga, rakan-rakan selebriti semua berpaling ke tempat lain tanpa menghiraukannya.
Tidak senyap sahaja, pelakon Sharifah Sakinah menceritakan kisah dia dan rakan artis pernah melakukan jualan amal untuk membantu mengutip derma buat Puteri Balqis. Punyalah bersusah payah sehinggakan mereka yang menjual barang pengarah Michael Ang sampai terbaring di kaki lima, kongsi Sharifah Sakinah menerusi laman Instagramnya. "Seronok masa ni jual barang Michael Ang untuk kutipan derma Putri Balqis. Sampai terbaring di kaki lima," tulisnya.
Dalam masa sama Sakinah turut memberi nasihat dan pesanan buat Puteri Balqis tentang kehidupan dan bagaimana untuk menghadapi masalah. "Kebahagiaan memerlukan perjuangan. Ia timbul dari masalah, ujian itu datang dengan pelbagai cara. Jika anda berdepan dengan masalah, jangan jadi mangsa, jangan buang orang dan berbuat baiklah kepada orang. "Lakukan sesuatu, semua jawapan akan datang," kata Sakinah. Macam-macam pekung yang terbuka sejak pendedahan kisah Puteri Balqis ini. Yang pastinya, netizen mungkin tidak tahu sama seperti apa yang rakan selebriti tahu. - CARI
|
Madel: Berapa bnyk mau buka thread daaaa
Madel replied at 16-1-2020 10:55 AM
Berapa bnyk mau buka thread daaaa
tuberoses replied at 16-1-2020 02:38 PM
jap lagi mak puteri balas pulak.....
ADVERTISEMENT