Bila bercakap soal HIV, pelbagai persoalan timbul. Ramai masih lagi takut dan jijik dengan penyakit ini disebabkan gambaran HIV/AIDS pada awal 1980-an sebagai penyakit 'hukuman mati'. Siapa dapat, pasti mati!
Tetapi, tahukah anda disebabkan kemajuan perubatan, virus HIV yang dahulunya bak hukuman mati ini sebenarnya sudah lagi tidak berbahaya seperti dahulu? Sudah wujud rawatan yang menyebabkan virus ini menjadi "dormant" atau "tidur" dalam badan, ia tidak lagi semestinya menjadi penyakit AIDS yang membunuh. Malah, sudah ada kes apabila pesakit HIV berjaya pulih sepenuhnya daripada penyakit itu, walaupun ahli saintis masih mencari punca pemulihan sebenarnya. Malangnya, stigma atau pandangan buruk terhadap penyakit ini masih berleluasa. Sebut sahaja ada penyakit HIV, kebanyakan kita akan takut terjangkit. Penyakit HIV tak mudah berjangkit macam selesema atau bengkak mata ya. Ada proses penyebaran dan jangkitan yang sangat khusus. Malah, stigma ini jugalah menyebabkan golongan berisiko tinggi (LGBT, penagih dadah, ibu atau isteri yang suami mereka berisiko tinggi) malu hendak menjalani ujian pengesanan awal dan rawatan. Malah, kalau dahulu ibu yang ada virus HIV boleh memindahkan virus terhadap bayi mereka, kini tidak lagi. Asalkan makan ubat dan patuh kaedah rawatan. Di Malaysia, rawatan dan ujian tersebut disediakan secara percuma untuk mengelakkan wabak lebih besar dalam masyarakat. MalaysiaKini baru-baru ini, menerbitkan sepucuk surat pembaca penghidap HIV yang bercerita tentang stigma dihadapinya sehingga biasiswa dan peluang belajarnya ditamatkan kerana stigma masyarakat. Penulis tersebut bercerita bagaimana semuanya bermula kerana beliau meminta kebenaran untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat. Orang yang dipercayainya membuat aduan kepada pengurusan kolej dan melanggar etika rawatan perubatan dengan mendedahkan statusnya, menyebabkan pelbagai tekanan dihadapinya untuk menamatkan pengajian. "Tanpa pengetahuan saya, pegawai tersebut telah melaporkan status HIV saya kepada dekan kampus. Sungguh, saya amat marah dengan tindakannya kerana tidak pernah memberi kebenaran untuk memaklumkan status HIV saya kepada sesiapa pun. Dengan tindakan pegawai pembantu perubatan itu, bermulalah siri tindakan terhadap saya oleh pihak institusi." Kesannya, beliau "disiasat", biasiswa ditarik balik dan pengajiannya ditamatkan walaupun beliau sudah menjalani rawatan sepatutnya untuk mengelak virus HIV itu tersebar. "Sejak mendapat tahu tentang status HIV, saya mula belajar bagaimana untuk menjaga diri dan diri mereka yang intim dengan saya. Dalam dunia yang serba rumit ini, sesiapa pun boleh dijangkiti virus HIV. Lebih-lebih lagi, dalam masyarakat yang ilmu dan informasi tentang virus ini disekat tanpa memikirkan natijahnya. "Tapi, dengan maklumat dan rawatan yang baik, dunia tidak berakhir bagi kita. Apa yang saya sedar daripada pengalaman ini adalah kehancuran datang daripada kebencian orang lain," tulisnya. Apa pandangan anda jika kawan-kawan/ ahli keluarga atau pekerja anda mempunyai HIV? Adakah anda meminggirkan mereka? Golongan ini sudah mendapat peluang kedua untuk menjalani hidup dengan lebih baik, atau mereka sebenarnya tidak layak mendapat peluang kedua dan patut dibiarkan mati tanpa dibantu? - CARI
|
tungkai replied at 20-1-2020 11:43 AM
Dah ada ubat utk HIV untuk tingkatkan imuniti dalam badan CDC4 ke apa nama ntah. Cuma kena makan sec ...
MissMamamia75 replied at 20-1-2020 01:50 PM
My sister kerja lab disebuah makmal di local IPTA..last week baru dia dpt tau salah srg student mast ...
MissMamamia75 replied at 20-1-2020 01:50 PM
My sister kerja lab disebuah makmal di local IPTA..last week baru dia dpt tau salah srg student mast ...
pashminamerah replied at 20-1-2020 12:34 PM
Al-Fatihah utk kawan baik pash yang pergi kerana AIDS..
dia antara 1 dalam 1000, yang ubat tu tak b ...
aku_ker replied at 20-1-2020 01:13 AM
Uish xyah pakai glove just make sure the student is is registered and take his antiviral, viral ...
Dwdrum replied at 20-1-2020 09:43 PM
antiretroviral sis.........antiviral untuk rawat seperti herpes...flu virus ...hepatitis etcc
ADVERTISEMENT