Terkilan dengan sikap seorang pelakon lelaki yang menabur fitnah kepada dirinya. Itu luahan seorang pengurus produksi yang dikenali sebagai Kamisah Abd Manap atau Kam.
Kam berkata, dia tak pernah memilih kroni atau memberikan tawaran berlakon kepada rakan-rakan terdekat sahaja. "Saya kesal dengan tuduhan yang dilemparkannya. Ia tidak benar. Jika saya mengamalkan kronisme, saya tidak akan menghubungi dan menawarkan dia berlakon untuk sebuah drama yang sepatutnya dia bintangi. "Disebabkan bayaran yang dikenakan tidak masuk akal dan harga yang diminta tidak sesuai dengan babaknya yang sikit, jadi penerbit terpaksa gugurkan namanya kerana tidak menepati bajet. Saya hanyalah Pengurus Produksi yang bekerja dengan produser dan segala keputusan perlu melalui mereka.
"Saya harap dia bersyukur sekurang-kurangnya kami dari pihak syarikat produksi ada juga teringat ingin menawarkannya berlakon," katanya kepada Harian Metro. Kam berharap agar pelakon tersebut bersikap lebih rasional dan realistik. "Saya harap pelakon ini sedar dan jangan mudah melenting apabila tawaran lakonan yang datang tidak berjaya. Anggaplah itu bukan rezeki dan mungkin rezeki orang lain. "Sebagai seorang Pengurus Produksi saya perlu menjaga amanah dan tanggungjawab daripada produser," tambahnya. Siapa agaknya pelakon lelaki yang dimaksudkan ya? -CARI
|
Kurex replied at 15-1-2020 07:14 AM
ferul khan ke
aireen24 replied at 15-1-2020 03:16 PM
kurex taknak landing mana part kat fezrul khan ke?? duda tu
Kurex replied at 15-1-2020 07:21 AM
tak minat..... sedari dulu lagi
Pixie902 replied at 15-1-2020 03:57 PM
So sapa yg dapat part yg mulanya ditawarkan pada Fezrul Khan?
Nak tengok ada kronisme ke tak...
Suchi replied at 15-1-2020 04:01 PM
Makcik ni kije produser mana ye?
kiah_mai_pulak replied at 15-1-2020 05:12 PM
ohhh ni lah PM yg disangka atuk M yg kena maki dgn fezrul sedap khan tu eh?
ADVERTISEMENT