CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Dirantai Pada Katil

15-1-2020 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6490| Komen: 21

Penduduk Mexico digemparkan dengan penemuan budak perempuan berusia lima tahun yang dirantai pada katil di sebuah rumah.

The Sun melaporkan, mangsa ditemui di sebuah rumah di El Refugio di bandar Ciudad Fernandez, Mexico.


Sebuah gambar menunjukkan, kanak-kanak itu dirantai menggunakan rantai besi yang sudah berkarat selain dikunci dengan mangga.

Menurut media tempatan, kanak-kanak itu diselamatkan selepas jiran di kawasan berkenaan terdengar jeritan menyayat hati dari rumah yang kotor itu.


Foto: The Sun

Kanak-kanak itu bagaimanapun dilaporkan tenang ketika diselamatkan, namun polis menemui kesan cedera pada kakinya akibat rantai besi berkenaan.

Difahamkan, mangsa diserahkan kepada jabatan kebajikan, manakala polis kini giat mengesan dalang yang memperlakukan kanak-kanak itu dengan kejam.

Sementara itu, pendakwa raya memaklumkan mereka telah membuka kertas siasatan terhadap jenayah penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan keberadaan ibu bapa mangsa atau jika rumah berkenaan milik mereka.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang tangkapan dilaporkan dan polis masih menyiasat motif kanak-kanak itu dirantai dan dikurung di rumah berkenaan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cupu 15-1-2020 08:15 AM
Kesiannya awk anak..semoga nasib lebih baik selepas ni..
Quote krustykrab 15-1-2020 08:26 AM
Kesiannya...
Ni la org nk anak awak pun sibuk nk beranak tp tak fikir tanggungjawab
Quote orgsepang 15-1-2020 08:30 AM
Budak ni tak pandai bercakap ke?
Quote yuki812 15-1-2020 08:35 AM
kesian..tu ke gambarnya??
berapa lama kena rantai tu..
tgk kasut pon cantik lagi..siap stokin tu hah..
Quote noor2 15-1-2020 08:49 AM
Ko nakal sangat ke nak...
Quote damsel_fiji 15-1-2020 08:52 AM
Ntah2 mangsa culik.. mexico ni kan femes culik menculik nih
Quote batmana 15-1-2020 08:55 AM
orgsepang replied at 15-1-2020 08:30 AM
Budak ni tak pandai bercakap ke?

Bdk2 trauma.mmg susah nk ckp
Quote umbut 15-1-2020 09:00 AM
Cantik siap berkasut.. maybe kena culik
Quote sharlenetexas 15-1-2020 02:17 PM
Hidup lagi nek burung.
Quote bulan_gerhana 15-1-2020 02:19 PM
alo... kesian nak oi... acik pun garang dengan anak.. tapi xde la sampai nak merantai anak.. alololo
Quote royaldanish 15-1-2020 02:32 PM
sharlenetexas replied at 15-1-2020 06:17 AM
Hidup lagi nek burung.

Terus iols tak jadi sedih baca ni haha
Quote buapakperut 15-1-2020 03:01 PM
kasihan nya, budak lagi tu. tak kira apa pun tak patut buat mcm binatang
Quote Kurex 15-1-2020 03:05 PM
hmmmm kena culik ke....
Quote Artemesiaa 15-1-2020 04:52 PM
Macam mangsa culik untuk dijual pada sendikit kat sana kan famous cara macam tu
Quote ms.mango 15-1-2020 05:07 PM
Siannye lahai... Nape byk sgt org psycho skrg ni
Quote fliphair8 15-1-2020 05:41 PM
human trafficking pun maybe ni....hakak penah tgk kat ig rasanya bideo arrest of a mother selling their children to paedophile in pinoy....baby a few months pun dia bagi...sial sangat mak camni....selayaknya di sula
Quote chinta89 16-1-2020 08:37 AM
mangsa culik ke
Quote kenarikelabu 16-1-2020 09:32 AM
Kesiannya dibuat kat budak nih. Baru 5 tahun jer tu...
Quote any42 16-1-2020 09:46 AM
kesiannya bdk kecik lg. pkai ksut pastu nmpak ad beg skolah & bku2 tu. kna culik ke. tp polis xde plak dpt lporan kes bdk hilang ke ape.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.260391 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top