Kisah Puteri Balqis yang semakin mendapat perhatian tampil meluahkan rasa terkilan terhadap pelakon Nabila Huda.
Balqis atau mesra disapa Aqish dalam satu kemas kini di Instagramnya meluahkan perasaannya terhadap kenyataan Nabila yang dianggap telah mengguris hatinya dan ibu. "Kalau anutie nak salahkan orang lain, tak apa. Tapi, jangan disebut nama ibu Puteri," tulisnya.
Jelasnya, ibunya selama ini yang telah banyak membantu dan berusaha mencari jalan untuk menanggung kos rawatannya, manakala 'ramai yang lain' menghilangkan diri. "Ujian untuk auntie dan rakan-rakan auntie adalah kemewahan," ujarnya. Dalam masa sama, Balqis juga menepis tuduhan liar yang menuduh ibunya mengambil dadah. Malah, Balqis turut membuat pendedahan bahawa ibu saudaranya yang selama ini menabur fitnah mengenai ibunya. "Indah pengorbanan seorang ibu. Dibiarkan dirinya difitnah, diumpat dan dikeji, tapi dibiarkan anaknya dihormati dan disanjungi." Sementara itu, Harian Metro melaporkan Balqis disahkan doktor tidak menghidap penyakit kanser, sebaliknya menghidap penyakit lain. Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Masri Muhamed bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penyakit misterinya itu. Semoga Aqish terus tabah ya. - CARI
|
nayzaron77 replied at 15-1-2020 12:34 PM
Panjangnye karangan dia amzing budak 13thn boleh buat ayat sebaik ni... cayalah dik
adeqbun replied at 15-1-2020 12:57 PM
#teamabil dan #teamerma jugak..erma pon truk kene kecam ngan puak2 husnuzon x bertmpt ni..
lazim replied at 15-1-2020 01:01 PM
Semoga deols naik angin dan tumphkn teh
ADVERTISEMENT