Seorang lelaki dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan individu selepas dituduh merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Mexico. Memetik The Sun, media tempatan melaporkan Alfredo Roblero dibelasah dan diikat pada tiang sebelum disimbah petrol dan dibakar di sebuah perkampungan berhampiran Cacahoatan, selatan Chiapas, Mexico. Dia dituduh merogol dan membunuh kanak-kanak bernama Jarid yang dilaporkan hilang pada Khamis sebelum mayatnya ditemui keesokan harinya. Difahamkan, polis yang kemudian tiba di lokasi kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan lelaki itu. Berikutan itu, pihak berkuasa di Chiapas dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa rakyat di negara itu tidak dibenarkan memgambil tindakan sendiri. Malah, polis kini giat menjalankan siasatan berhubung kematian suspek. - CARI
|
kelapaparut replied at 14-1-2020 06:54 PM
Negara2 jajahan sepanyol biasenye perangai kampung sket, mcm mexico ni lah, filipina, venezuela..kal ...
Meiizu replied at 15-1-2020 09:53 AM
contra plak dgn news last week kat yendia..dah le kena raped,mangsa tu plak kena bakar kalau bukak m ...
Kurex replied at 14-1-2020 06:23 PM
ingatkan dua leluhur tu yg suka bakar bakar, rupanya ada leluhur lain yg perangai sama
ADVERTISEMENT