Hubungan Risteena dan Isa Khan bukan lagi rahsia. Kalau tengok di Instagram, memang 'melekat' sahaja berdua. Manis sungguh tak begitu?
Buat pengetahuan mereka sama-sama menjalankan bisnes menjual produk kurus badan dan berusaha keras memajukannya. Tak segan berkongsi tentang kisah percintaan mereka, Risteena baru-baru ini ada memuat naik video pendek, memaparkan perbulan WhatsApp bersama cinta hatinya itu. Menurut kakak kepada Ruhainies ini, tunangnya itu sanggup bekerja keras semata-mata untuk memabahagiakannya. "Tak sangka dia bekerja keras sampai tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari. "Alasannya untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah," tulisnya di kapsyen.
Pasangan ini sebelumnya bertunang pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali. Buat masa ini, mereka belum lagi menetapkan tarikh perkahwinan.
Sama-sama kita nantikan. Tak sabar rasanya nak melihat kebahagiaan mereka selepas bergelar pasangan halal. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|