Persaingan sengit dalam pertandingan pageant kini bukan saja terarah kepada peserta perempuan sahaja. Malah kini, pertandingan yang melibatkan peserta lelaki juga semakin menjadi perhatian sedunia.
Wakil Malaysia ke pertandingan Mister Tourism World 2019 iaitu Danial Hansen telah memenangi gelaran itu dan mengenepikan saingan 18 buah negara. Danial yang mempunyai darah campuran Melayu, Belanda dan berasal dari negeri Sabah ini terlebih dahulu telah memenangi pertandingan Bachelor of Malaysia 2019 dan sekaligus melayakkan diri sebagai wakil negara.
Dalam pentas Mister Tourism World yang berlangsung, lelaki berusia 24 tahun itu perlu melalui pusingan kostum nasional, pakaian mandi, pakaian formal serta sesi soal jawab. Pada kemuncak acara, Danial bukan saja pulang dengan gelaran Mister Tourism World 2019 tetapi juga memenangi beberapa kategori lain.
Antaranya termasuklah Best Physique, Charmingly Cultured Award dan World Choice Award yang merupakan kategori undian peminat sedunia.
Danial yang kini aktif sebagai penggiat fitness juga berkongsi minatnya untuk menyertai industri seni lakonan apabila tiba masa yang sesuai. Bukan mudah untuk menonjolkan diri berdasarkan bakat, rupa, personaliti dan kepandaian di atas pentas, kesemuanya pada waktu yang sama. Namun, Daniel berjaya membuktikannya. Tahniah Daniel! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|