CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sokong BMF, Tapi Tak Payahlah Sebut Produk Pesaing Tak Halal"

15-1-2020 12:35 PM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 5682| Komen: 13



Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, kempen Utamaka Barangan Muslim Dahulu (BMF) masih berjalan dan digerakkan oleh orang Islam di seluruh Malaysia. Ianya membuatkan golongan usahawan Melayu semakin diterima dan berjaya sekaligus melahirkan lebih ramai peniaga-peniaga baru. 

Yang menjadi masalahnya sekarang ialah ada segelintir peniaga menggunakan teknik pemasaran yang tidak beretika. Membandingkan produk mereka dengan produk bukan muslim serta menjadikan agama sebagai tarikan kepada para pelanggan dianggap sebagai penunggang agama.


Twitter

Baginya, kempen BMF tidak salah tetapi cara pemasaran dengan memburukkan produk pesaing itu lah yang harus ditukar. Tidak guna berniaga produk yang memberi manfaat kepada pengguna tetapi dalam masa sama mengutuk produk lain.

"Kalau asyik quote 'Al-Quran', overclaim benefit dan tak bersandarkan kualiti jangan kata non-Muslim, Muslim juga akhirnya akan boikot."

Twitter

Ia turut dipersetuju dengan warganet lain dengan pernah bertemu ayat pemasaran yang hampir sama. Malahan menggunakan agama dan bangsa sebenarnya tidak bagus kerana ianya lebih kepada mencari keuntungan semata-mata.


Bagaimanapun ada juga yang menyatakan produk itu sebenarnya bagus kerana telah menyelesaikan masalahnya. Cuma peniaga itu sahaja yang 'over claim' hingga membuatkan orang lain turut menyampah.
Google
Oleh itu, diharapkan agar peniaga-peniaga BMF lebih berhati-hati ketika membuat ayat pemasaran supaya tidak membabitkan produk lain. Alangkah baiknya lebih banyak memaparkan manfaat produk sendiri berbanding memburukkan produk pesaing. Sebaik-baiknya jangan menggunakan alasan agama untuk melakukan produk kerana yang lebih penting adalah kualiti. 

Dengan itu, pengguna akan lebih mendapatkan produk sebegini kerana percaya dengan manfaat produk tersebut dan bukannya kerana kasihan atau ikatan sesama saudara sahaja. - CARI 
4

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 15-1-2020 01:38 PM
Ada i k3sah?
Iols.memang dari.dolu guna minyak yuyi
Penah guna minyak mestika tu...tapi anak.iols kalau kembung..mmg x lut la minyak tu

Alternatif lain..minyak daun.ubat...cap tyt

Yang mana boleh bmf..mmg.iols.bmf la...
Quote zawara 15-1-2020 01:49 PM
Nak bmf pon tgk kualiti la jgk...contoh mcm kicap kipas udang,sos life..kualiti terjamin ..sedap..
Quote bobo_beck 15-1-2020 02:10 PM
sebelum nk org hormati bangsa n agama kita hormati dulu bangsa n agama org lain.. BMF berniagalah cara rasulullah.. apapun pilihan ditangan pengguna.. aku support BMF tp tidak la smpai boikot yang xBMF tapi halal... bkn sume produk BMF ada kan.. so halal sudah..
Quote msdummy.2018 15-1-2020 02:12 PM
ha mana supporters BMF tegar tuh..sila jawab....
Quote cikatilia 15-1-2020 02:33 PM
ayat belum tentu halal tu.. bole tuju kat dia juga
dia pon xde cert halal..

pesaing tu pon belum tentu tak halal.. coii
Quote gummiebear 15-1-2020 03:57 PM
Tak suka betul jenis yang nak condemn produk lain demi nak menaikkan produk sendiri
Quote Artemesiaa 15-1-2020 05:13 PM
Betul tu elok bersaing secara sihat tak perlu nak perlekehkan product lain.  Kalau product yang dihasilkan berquality pasti akan ada yang beli dan ulang beli
Quote ekmal_sorrow 15-1-2020 08:12 PM
ho.....korang tak tau lagi camana kompeni pengeluar bangsa cha ya nun alif tindas pengusaha muslim. ye mmg depa tak tibai terang2 tapi depa tibai secara halus.....monopoli pasaran pun dah cukup la.

leh lagi ada taik mcm Roman Apekebendntah dgn Pengaran Sinar Harian dok defend bangsa x sedar dihuntung lagi hanat atas dasar "perkauman"

melayu dah di bawah tapak kaki depa pun still x sedar.....kepala paip pak nkau.
Quote izzah_ok 15-1-2020 08:39 PM
huhu betul...kadang2 ada yg macam taksub sgt dgn BMF tu...sampai guna sentimen perkauman...jdi mcm tak seronok pulak...aku sokong je produk BMF, tp xde la sampai kutuk produk yg bukan BMF...
Quote miss_beku 16-1-2020 09:15 AM
Betul pun. Kat fb lagi lah. Nk bmf ke jual barang ke ape tak kisah lah. Mesti nak sangkut bab kaum2 bagai. Lepas tu bila tegur suruh jaga bahasa ape semua. Kite plak di kata nye penyokong makan babi lah ape lah. Padahal grup buy muslim first. Attitude tak ropa muslim pun kalau prgai gitu.{:stress
Quote ais_kosong 16-1-2020 11:43 AM
Pesaiang ada sijil halal Jakim. Produk muslim belum tentu berjaya peroleh sijil halal Jakim
Dulu follow gak BMF. Tapi sejak dok tengok deme asyik cerca product non muslim terus xberminat. Saya lebih percaya product non muslim yang ada sijil halal Jakim.
Quote HaikalKee 20-1-2020 11:58 AM
Ni jenis penunggang Agama.. saya memang hindari dari produk yang "overclaim" macam ini.. menggunakan Agama semata-mata untuk melariskan produk.
Quote HaikalKee 20-1-2020 12:00 PM
zawara: Nak bmf pon tgk kualiti la jgk...contoh mcm kicap kipas udang,sos life..kualiti terjamin ..sedap..

Betul. Memang sedap dan terjamin.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.097867 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top