Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, kempen Utamaka Barangan Muslim Dahulu (BMF) masih berjalan dan digerakkan oleh orang Islam di seluruh Malaysia. Ianya membuatkan golongan usahawan Melayu semakin diterima dan berjaya sekaligus melahirkan lebih ramai peniaga-peniaga baru.
Yang menjadi masalahnya sekarang ialah ada segelintir peniaga menggunakan teknik pemasaran yang tidak beretika. Membandingkan produk mereka dengan produk bukan muslim serta menjadikan agama sebagai tarikan kepada para pelanggan dianggap sebagai penunggang agama.
Twitter
Baginya, kempen BMF tidak salah tetapi cara pemasaran dengan memburukkan produk pesaing itu lah yang harus ditukar. Tidak guna berniaga produk yang memberi manfaat kepada pengguna tetapi dalam masa sama mengutuk produk lain.
"Kalau asyik quote 'Al-Quran', overclaim benefit dan tak bersandarkan kualiti jangan kata non-Muslim, Muslim juga akhirnya akan boikot."
Twitter
Ia turut dipersetuju dengan warganet lain dengan pernah bertemu ayat pemasaran yang hampir sama. Malahan menggunakan agama dan bangsa sebenarnya tidak bagus kerana ianya lebih kepada mencari keuntungan semata-mata.
Bagaimanapun ada juga yang menyatakan produk itu sebenarnya bagus kerana telah menyelesaikan masalahnya. Cuma peniaga itu sahaja yang 'over claim' hingga membuatkan orang lain turut menyampah.
Google
Oleh itu, diharapkan agar peniaga-peniaga BMF lebih berhati-hati ketika membuat ayat pemasaran supaya tidak membabitkan produk lain. Alangkah baiknya lebih banyak memaparkan manfaat produk sendiri berbanding memburukkan produk pesaing. Sebaik-baiknya jangan menggunakan alasan agama untuk melakukan produk kerana yang lebih penting adalah kualiti.
Dengan itu, pengguna akan lebih mendapatkan produk sebegini kerana percaya dengan manfaat produk tersebut dan bukannya kerana kasihan atau ikatan sesama saudara sahaja. - CARI
|