Telatah budak-budak bersekolah memang comel, apatah lagi ketika dia meragam, menangis atau pun sedang menari mengikut rentak lagu, sangat menghiburkan kita orang dewasa. Bagaimanapun, ada sesetengah ibu bapa yang memandang serius perkara ini. Bagi mereka, guru-guru tidak seharusnya merakamkan gambar anak-anak lalu menularkan di media sosial. Itu sangat tidak beretika. Malahan Kementerian Pendidikan sendiri sudah pun mengeluarkan pekeliling tidak membenarkan gambar mengaibkan ditular selain gambar kejayaan. Itu pun tetap ada berlaku kebocoran sebegini. Nak salahkan siapa?
Gambar kanak-kanak menangis, dibuli oleh rakan sebaya dan lain-lain turut tersebar bukan sahaja dalam kalangan guru-guru tetapi juga group WhatsApp yang menyebabkan ianya lebih tular. Ada juga warganet yang berpendapat, keluhan sebegini perlu disalurkan pada saluran sah supaya isu ini lebih didengari. Sekaligus ia mengurangkan beban guru-guru. Tetapi bagaimana pula dengan video comel yang menular sekarang? Apa pun, sukar untuk mengekang gambar atau video dari ditularkan jika ianya sudah berada di media sosial. Apa yang harus dilakukan ialah halangan pertama itu sendiri. - CARI |
CinnamonR replied at 10-1-2020 05:02 PM
Tula..sebelum nak sebar tu mintak izin dulu..ade setengah mak bapak x kesah..ade setengah kesah
ADVERTISEMENT