Beberapa hari lepas, kecoh apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 menerima beberapa aduan daripada ibu bapa pelajar berkenaan hiasan Tahun Baru Cina yang dianggap berlebihan serta melanggar perlembagaan Malaysia. (Boleh rujuk artikel INI)
Rentetan daripada isu ini, pada 9 Januari yang lepas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Wan Azizah serta beberapa menteri yang lain telah melawat SMK Pusat Bandar Puchong 1 untuk menyaksikan perhiasan tanglong sempena Tahun Baru Cina. Lawatan ini adalah bertujuan untuk meredakan isu perkauman yang melanda di negara ini yang dilihat semakin kritikal dan di tahap yang membimbangkan. Menurut gambar yang dimuat naik oleh Timbalan Perdana Menteri itu, antara menteri yang turut hadir ialah enam orang menteri yang terdiri daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof dan Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, Exco Negeri Selangor Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Dr Mahanom Mat Sam. Sambung Dato' Seri Dr. Wan Azizah lagi, perpaduan dan keharmonian adalah perkara wajib yang mesti dipertahankan. "Kita tidak boleh izinkan sama sekali sebarang bentuk adu domba yang boleh memecah perpaduan negara" Post terbaru ini mendapat perhatian warganet yang kurang senang dengan tindakan menteri-menteri yang hanya memberikan perhatian kepada isu ini sedangkan banyak lagi isu perkauman lain yang wujud namun tiada tindakan yang diambil. Semoga perpaduan di negara Malaysia terus dipelihara tanpa menindas mana-mana kaum. Apa pendapat korang tentang isu ini? Berikan pendapat korang tentang isu ini di ruangan komen. - CARI
|
2
Bagus |
10
Marah |
3
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pokaibanktokyo replied at 13-1-2020 12:05 PM
Lantak lah menteri cap ayam semua nak bela tanglung kaa...mangsa along kaaa... biskut gulung kaaa.. ...
Meiizu replied at 13-1-2020 09:59 AM
ha ahhh pelik tau..cainis ni duk claim anak diorang lagi pandai, syllabus maju ke depan tapi kalau ...
ADVERTISEMENT