CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Lagu Macam Zynakal Tu Pun Dah Deep, Belum Dengar Malique Lagi" Lirik Siapa Lagi Hebat?

10-1-2020 11:07 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15502| Komen: 53




Penciptaan lagu berubah mengikut peredaran semasa dan kehendak pendengar. Jika era 80an menyaksikan lirik-lirik puitis hasil karya Habsah Hasan, Mama Juwie serta di era 90an pula karya Loloq, Malique dan lain-lain yang menyampaikan mesej tersirat, ianya indah dan sedap didengar. Berbanding era BBNU yang mana liriknya lebih mudah difahami dan tiada lenggok bahasa yang tersirat.

Cerita dalam lagu juga lebih bersifat 'catchy' dan sesuai dengan pendengar yang terdiri dari anak muda era siber. Bagaimanapun apabila penyanyi Zynakal mendendangkan lagu berjudul Sakit dengan kata-kata "Saya harap anda faham apa yang saya nak sampaikan dan maafkan saya atas kesilapan yang lama.", ramai anak muda merasakan lirik tersebut sangat menyentuh perasaan. Hal inilah yang dibangkitkan oleh segelintir warganet lain bahawa citarasa muzik mereka terlalu ringkas.


Jika lirik yang 'straight forward' pun mereka menyatakan bermakna, bagaimana pula bila mendengar lagu Malique? Pengsan?



Antara yang diperkatakan oleh BBNU ialah mereka memuji lirik lagu Zynakal ini yang sangat kena dengan situasi semasa iaitu masalah kemurungan yang pernah dialaminya. Ianya juga sangat dekat dengan anak muda yang mengalami masalah sama. Jadi, lirik tersebut sangat jujur mendedahkan kelemahan diri lalu meminta orang memahaminya.

Twitter

Ianya menjadi perdebatan antara muzik era 90an dan yang terkini dengan perbandingan lirik lagu yang mana satu lebih sedap didengar. Pastinya masing-masing memenangkan lagu kesukaan mereka.


Google

Bagi anak-anak muda zaman sekarang, itu adalah muzik mereka, jadi adakah mendengar lagu Malique lebih tinggi tarafnya dari Zynakal?


Youtube
Merasakan situasi agak panas, warganet lain tampil menjernihkan keadaan lalu menyatakan setiap lirik mempunyai kelebihan sendiri dan ianya sesuai dengan situasi ketika itu. Tidak perlu dibuat perbandingan kerana yang lebih penting adalah meraikan variasi muzik.

Setiap individu mempunyai pendekatan berbeza, Malique memang tinggi kosa katanya siap dengan rentak tempo yang sedap didengar. Tetapi dalam masa sama, muzik era baru juga mempunyai khalayak pendengar sendiri. Nikmati muzik dan jangan gaduh-gaduh ya. - CARI 



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-1-2020 11:18 AM
sebab tu kurex lagi layan lagu dulu.. sebab puitis, tak meleret..
lagu sekarang jenuh aku nak paham
Quote lovelytouch 10-1-2020 11:57 AM
Kau tak dengar lagi puisi Sasterawan Negara Usman Awang, A. Samad Said, Kemala, Baha Zain, syair Zurinah Hassan, Roslan Madun, Umar Uzair, sajak2 Zaen Kasturi, Lutfi Ishak, SM Zakir. Pi dengar sanaaaah!!
Quote mdhelmi 10-1-2020 12:24 PM
Edited by mdhelmi at 10-1-2020 12:26 PM
Kurex replied at 10-1-2020 11:18 AM
sebab tu kurex lagi layan lagu dulu.. sebab puitis, tak meleret..
lagu sekarang jenuh aku nak paha ...

layan positif rap bro eh sis
cuba dgr lagu2 joe flizzow, malique dan ultimet
byk unsur2 nasihat
lirik dan bahasa byk yg straight forward senang paham

diorg lebih kepada bercerita bukan meleret2
dan yg pasti bukan pasal cintan cintun
dan nanti kuatkan bass br sedap bunyinya heh

"mula dari bawah, ramai org makan nasi tapi xpernah pegi sawah"

Quote RatuDunia94 10-1-2020 12:28 PM
Dulu masa zaman iols sekolah iols pon x faham lagu2 yg iols dengar dulu sbb lirik2 nya puitis2. Tp bila dh dewasa seiring dgn pengalaman hidup bila dgr balik lagu dulu2. Baru dpt tau maksud n boleh relate..
Quote imanda 10-1-2020 12:35 PM
Edited by imanda at 10-1-2020 12:36 PM

bbnu skg mmg kena ckp straight forward br phm, drg xreti bhs kias2 nih. tp even buku or lagu yg ayatnya direct n betul apa yg dinyatakan tu bg I rs poyo je n acah2 deep.rs  annoying je. xlyk jd art pon.
Quote Thuglife 10-1-2020 12:57 PM
adik laki aku lahir thn 2000. beza umo kitorng 17 thn.. tp adik aku x leh blend dgn lagu2 bdk2 bbnu.. semak katanya.. baik lagu luar negara/ lagu2 kita dia mmg dgr/layan  lagu2 zaman seusia aku ni la..hehehe
Quote tikusmontok 10-1-2020 01:24 PM
zina nakal ni siapa? mencarut sgt bunyinya.
Quote dewi_rina 10-1-2020 02:09 PM
lagu sekarang takde makna
lagu dulu lagi best, penuh maksud tersirat
muzik pun serabut, dengar je terus turn off
dah lah life ni dah cukup serabut, lagi nak dengar lagu2 mcm tu
depression terus
Quote umbut 10-1-2020 03:02 PM
Malique was born on August 21, 1977 at Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Malaysia. He is the youngest of three children of Ibrahim Abdullah and Asmah Mohamed. Malique is of Malay, Thai and Arab descent. His father Ibrahim worked as an English teacher with MRSM. Malique's older brother and sister work in finance and law.

Malique spent his first few formative years living in the United States while his father furthered his studies in the field of Linguistics.

Upon the family's return to Malaysia, Malique attended SRK Ismail (1) in Muar, Johor. He was then offered a place in an SBP (Sekolah Berasrama Penuh) school. Malique attended secondary school at Sekolah Alam Shah in Cheras, Kuala Lumpur from 1990 to 1992, then was offered a place in MRSM Taiping's elite Special Education Program (Malay: PKP, or Program Khas Pendidikan). Malique graduated from MRSM Taiping in 1994.

As a child, Malique demonstrated talent in storytelling and essay writing and won writing competitions. In primary school, his essays were so well written that he was accused of plagiarism, and was called before a panel of teachers. His work was then proven to be authentic. Malique's interest in music and hip hop began in his teens, while listening to LL Cool J's Walking With a Panther LP, a gift from his family. He then moved to Kuala Lumpur to further his A Levels at Maktab Sains MARA, Cheras. Following that, he met Joe Flizzow and moved to Subang Jaya. During this time, Malique and Joe began performing as a group at underground gigs, pursuing the group's musical potential in what would soon be known as Too Phat. Bukan kaleng kaleng ya
Quote dua_chzy 10-1-2020 03:05 PM
Herloooo, 90an era Pak Ngah hurkeh! Loloq? Malique? Whoareyus? Zaman Malique dengan TP, lirik deyol tipikal bbnu 90an jar hurkeh!
Quote cicicumel 10-1-2020 03:08 PM
sedap lagu Sakit Zynakal ni.. senyap2 view dah nk cecah 4 juta ok.. wpon x trending mcm lagu sampah Achey yg tajuk pon Sakit tu.
Quote pseudo_kl 10-1-2020 03:37 PM
generation gap.

tak boleh bezakan jugak la citarasa diorang.

time zaman2 KRU dulu, orang tua2 maki jugak ntah mana seni dalam muzik diorang.

macam tu lah,  

geng 60an pop yeh yeh kutuk  geng 70an disco,
geng 70an kutuk geng rock kapak 80an,
geng 80an kutuk geng rap 90an,
tapi kali ni geng 60,70, 80, 90an kutuk geng rap bbnu 20an. hahahaaaa

and so on......
Quote RumiMenari 10-1-2020 04:01 PM
Saya masih setia bersama m.nasir... walaupun lbh bnyk x faham drpd faham pasal lagu2 yg dia dia nyanyi
Quote palmolive 10-1-2020 05:19 PM
RumiMenari replied at 10-1-2020 04:01 PM
Saya masih setia bersama m.nasir... walaupun lbh bnyk x faham drpd faham pasal lagu2 yg dia dia nyan ...

patut la nickname gitu
Quote jajanpedas 10-1-2020 07:30 PM
tikusmontok replied at 10-1-2020 01:24 PM
zina nakal ni siapa? mencarut sgt bunyinya.


apekepeliknye tu..memang gitu ke cara bace nye..sebut nye pun gitu ke..name bunyi bseni tp nk sebut takut jadik lain..adussss
Quote tikusmontok 10-1-2020 08:18 PM
umbut replied at 10-1-2020 03:02 PM
Malique was born on August 21, 1977 at Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Malaysia. He is the yo ...

Dia blajar spi A level jer sblum terjebak ngan joplizo?
Quote Fettybombom 10-1-2020 08:21 PM
Org2 sastera ni suka dongrade  org ye... Acah2 so art sgt, diala plg deep, plg puitis, plg berjiwa.. Peminat n artis 2 x 5..xboleh ke enjoi raikan perbezaan...
N yg fanatik malique xrasa ke karya dia so stereotype sama je... X kluar dr zon selesa.. Even m nasir tu pelbagai melodi dihasilkan...
Quote slyfynx 10-1-2020 09:37 PM
Lagu skrg dah xde seni.
Rima ke mana, bahasa ke mana
Quote unguaurora 10-1-2020 09:40 PM
"Ku terpaksa hilang walau ramai cari" hahahaha

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.114445 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top