“Saya tolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) kerana bimbang dengan kemampuan kewangan ibu dan ayah yang hidup serba kekurangan."
Itulah yang dikatakan pelajar, Noor Areesya Redza Redzuan, 13. Memetik laporan Harian Metro, pelajar cemerlang UPSR dengan 6A ini mendapat tawaran untuk memasuki TKC tahun ini. Bagaimanapun, dia menolak kerana bimbang terhadap kewangan ibu bapanya dan tidak mahu menyusahkan mereka. "Saya ambil keputusan menolak tawaran TKC itu kerana tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa," katanya yang kini bersekolah di Senawang, Negeri Sembilan.
Difahamkan, bapanya, Redzuan Mansor, 57 kini bergantung kepada sumber pendapatan menjual nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan. Manakala, isterinya bekerja sebagai pencuci di sebuah institusi kewangan di Senawang. "Memang saya mengharap dia dapat belajar di SBP kerana keputusan UPSR 2019 yang dia perolehi amat baik. "Saya pun tidak sangka dia sendiri menolak tawaran itu. Saya sedar dengan sikapnya yang tidak mahu membebankan keluarga," kata bapanya. Dalam pada itu, Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Mohd Hanis Alimin tampil menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. - CARI
|
lasagnaklcc replied at 7-1-2020 10:39 AM
Bkn sekolah pon ada bagi bantuan utk murid susah ke...
Masuk la dik TKC tu. Org berebut2 nak mas ...
karlmax8 replied at 7-1-2020 11:01 AM
Yang ketua Amanah pon sedap cakap sekolah SBP ni bantuan kerajaan, tak beban.
Aku dulu SBP, ...
ADVERTISEMENT