CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tipah Tertipu! Lama Siram, Rupanya Pokok Palsu

12-3-2020 11:25 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 6361| Komen: 23|Original author: Oleh: Archaiv

Sumber foto : FB Caelie Wilkes

Seorang pencinta tumbuh-tumbuhan berasa amat kecewa apabila bunga yang kelihatan tersangatlah sempurna dalam jagaannya selama ini bukan bunga hidup.

Menurut Mirror, Caelie Wilkes telah menyiram tumbuhan tersebut dan memastikan tumbuhan itu mendapat sinaran matahari mencukupi serta sering membersihkan daunnya selama dua tahun.

Malah, tiada siapa boleh menyentuh dan menyiram pokok tersebut selain dia.


Sumber foto : FB Caelie Wilkes


Dia cuma menyedari tumbuhan tersebut palsu setelah cuba menukar pasu bunga tersebut. Dia mahu menukar pasu tersebut dengan sebuah pasu yang lebih menarik dan sesuai. 

Namun, hatinya kecewa setelah dia menarik keluar tumbuhan tersebut daripada pasu plastik dan mendapati tumbuhan itu melekat pada satu blok busa yang dihiasi dengan pasir yang digamkan pada permukaannya.

"Saya cuba yang terbaik untuk menjaganya, rupanya ianya plastik semata-mata. Saya merasakan tertipu selama dua tahun ini," katanya melalui hantaran gambar di Facebooknya.


Loading FB Post...

Ceritanya itu dikongsikan ke dalam sebuah grup FB, Australian Indoor Plant. Rupanya, ramai juga yang turut tertipu sama seperti Caelie.

"Kawan di tempat kerja saya selalu menyebabkan tumbuhan layu mati disebabkan dia tak siram, jadi saya letakkan bunga palsu di kafe. Dia siram setiap bulan sebelum saya katakan yang ianya palsu.

"Ayah saya menyiram satu tumbuhan milik mendiang ibu saya yang meninggal dunia setahun lalu sebelum menyedari ianya palsu. Kami tergelak, mungkin mendiang ibu juga tertawa di sana," antara komen netizen. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-3-2020 11:46 AM
Iols tak reti bela cactus & succulents. Selalu mati.
Quote rospinki 12-3-2020 11:50 AM
zaman dulu tu jam keja kt KL kat supermarket..aku and the geng seperti biasa merayap lepas lunch kt foodcourt selalu perati satu cleaner indon macik dah dok siram pokok pladtik berbaldi baldi..kami dok gelak jah dari jauhhh..satu hari baru bgitau dia itu pokok plastik macik..aduuu dua jwp iye kok..??napain nggak bilang sama mbak..wakaka
Quote ninjago 12-3-2020 11:53 AM
rospinki replied at 12-3-2020 10:50 AM
zaman dulu tu jam keja kt KL kat supermarket..aku and the geng seperti biasa merayap lepas lunch kt  ...

hahahahahahaha.. lawak lawak!

kesian makcik tu penat je angkut air berbaldi2 hari2

Quote rospinki 12-3-2020 12:07 PM
ninjago replied at 12-3-2020 11:53 AM
hahahahahahaha.. lawak lawak!

kesian makcik tu penat je angkut air berbaldi2 hari2

iye..dh puas kita gelak baru bgitau acik cleaner tu. kan nyk pasu bunga tepi railing kt floor..satu satu dia dok siram.

haiiii..kenangan ngan geng time tu pemuh gelak tawa. terutama si lembut tu manjang asik cakap ada org nl gogol dia kt tangga..haha
Quote Boomibulat 12-3-2020 12:55 PM
rospinki replied at 12-3-2020 12:07 PM
iye..dh puas kita gelak baru bgitau acik cleaner tu. kan nyk pasu bunga tepi railing kt floor..sat ...

Mesti btahun2 dh beliau buat kje tu kan..
Quote KIM.K 12-3-2020 12:58 PM
iols bela pokok mesti mati. Takleh menanam
Bela kucing pun mati, even jaga gedebuk gedebak bagi ubat
Karma yang berulang2 sangat dua-dua ni..masih lagi diberi ujian berterusan
Quote rospinki 12-3-2020 01:11 PM
Boomibulat replied at 12-3-2020 12:55 PM
Mesti btahun2 dh beliau buat kje tu kan..

berbulan jugak dia gigih menyiram..yg aku igt acik tu seorang yg rajin..t shirt tucked in dan lengkap. seorg yg komited dgn tugasnya. tapi sayang tersilap percaturan..hahaha
Quote Boomibulat 12-3-2020 01:14 PM
rospinki replied at 12-3-2020 01:11 PM
berbulan jugak dia gigih menyiram..yg aku igt acik tu seorang yg rajin..t shirt tucked in dan leng ...

Tp xde plk di cover ckp dia mmg tau pokok tu plastik..saja je siram sbb xde kje
Quote rospinki 12-3-2020 01:20 PM
Boomibulat replied at 12-3-2020 01:14 PM
Tp xde plk di cover ckp dia mmg tau pokok tu plastik..saja je siram sbb xde kje

aiseymen..lama tu kita mengintip modus operandi acik cleaner..tgk gaya dia mng keja sungguh. maklumla bru smpi dari seberang..mana dia tau wujud pokok jelmaan bgitu kok..wahaha..nak gelak teringat.
Quote mbhcsf 12-3-2020 01:42 PM
oh nooooooooooooooooooooo, she has been had.....aiyooooo
i feel for you ......my god , poor soul.....

all this while , you done your utmost best to look after it , e tc with extra gentle caree and now......everything is squashed down to pieces...

the deception!!!

aiyoooooooooooooo i feel for you dear...all those years of tender care and loving

all those yearsssssssss


arghhhh........
Quote husna_amal 12-3-2020 02:43 PM
xpe, anggap je lah siram bagi cuci pokok palsu tu. hehe
Quote Artemesiaa 12-3-2020 04:47 PM
Jenis yang tak pernah tengok pokok palsu sebelum ni pasti akan tertipu
Quote dua_chzy 12-3-2020 04:52 PM
That's just how life is girl.
Quote kivio 12-3-2020 07:10 PM
Lain kali raba raba dulu daun nya itu.
Takkan tak reti beza plastik or hidup
Hehe
Quote any42 12-3-2020 11:34 PM
ni mesti gelak smbil bjujuran air mata
Quote aderaderker 13-3-2020 01:07 AM
Ku siram selasihhhh......
Quote mamapea 13-3-2020 11:25 AM
sama la mcm kwn aku...tanam pokok semua mati...last2 beli pokok plastik fiddle fig...letak la dlm rumah...tiap kali bapak dia dtg slalu puji pokok tu...cantik tumbuh...pandai jaga...padahal bapak dia xtau yg tu pokok plastik
kwn aku beli kaktus pun kaktus tumbuh x sihat...bln lps aku beli kaktus kt cameron bg kt kwn aku...12 jenis kaktus...so far tumbuh elok la...tu pun ada 1 tumbuh dh senget..
Quote diss69 13-3-2020 11:24 PM
kivio replied at 12-3-2020 07:10 PM
Lain kali raba raba dulu daun nya itu.
Takkan tak reti beza plastik or hidup
Hehe

Kalau xbiasa, mngkin xbrapa tau nk beza.. Cntoh rumput palstik baldu dngn yg ori.. Nengok mcm sama tp bila rasa, kita tau yg plastik atau rmput ori..
Quote Wakefield 15-3-2020 08:32 AM
aderaderker replied at 13-3-2020 01:07 AM
Ku siram selasihhhh......


Sambung gelak baca komen ni. Hahahaa

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.131480 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top