Tiga pelajar Malaysia cedera dalam kejadian rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada malam 3 Januari lalu. Memetik kenyataan Wisma Putra, ketiga-tiga pelajar terbabit menuntut di University of Newcastle. "Seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua yang lain ditikam dalam insiden berkenaan. "Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," jelas Wisma Putra. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, butiran terperinci seperti nama ketiga-tiga mangsa dan apa yang berlaku semasa kejadian tidak didedahkan. Semoga mangsa-mangsa segera sembuh dan sentiasa berhati-hati semasa menuntut di negara orang. - CARI |
Perawankota: Mana2 tmpt pon ada jenayah
Ina8895 replied at 6-1-2020 04:50 PM
Bahaya jugak afrika selatan ni
sukacactus replied at 6-1-2020 09:12 PM
Sana kalau rumah2 biasa mmg selalu kena rompak
Nak selamat skit dok kat tempat gated & guarded siap ...
Perawankota replied at 6-1-2020 05:18 PM
Mana2 tmpt pon ada jenayah
tikusmontok replied at 6-1-2020 11:17 PM
Sis tgk kat hgtv kan
sukacactus replied at 7-1-2020 07:02 AM
X, tgk kat 728
Kat 90 Days Fiance The Other Way
Pompuan American ni kawin dgn South African
tikusmontok replied at 7-1-2020 08:04 PM
ooo iya..iols pun tgk channel tu...yg hband dia gambler tu kan.ppn tu ada anak llki sorang..
sukacactus replied at 7-1-2020 10:13 PM
Haah...yg tu la
Sanggup tu pasal cinta, bf br keluar pusat pun berani dibuat laki
ikanmasin replied at 8-1-2020 01:03 AM
geleng kepala kan peguam tu bila perempuan ni bgt psl bf nya tu..
sanggup tanggung risiko.
sukacactus replied at 8-1-2020 06:46 AM
Kannn...padahal dia tu cantik even tembam skit
Boleh je cari org lain
ADVERTISEMENT