Menerusi paparan oleh Mstar, pelakon jelita dan berbakat besar Vanidah Imran atau lebih mesra disapa sebagai Vee menyatakan dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suaminya yang juga aktor popular, Rashidi Ishak pada 9 Ogos 2018 lalu. Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekaligus mengakhiri rumah tangga mereka yang telah dibina selama 17 tahun atas sebab yang tidak didedahkan.
Apabila ditanya mengenai pengganti pasangan hidupnya, aktres berusa 47 tahun itu berkata kepada Mstar. "Nak kata tutup pintu hati tu tidaklah, namun tak pula saya mencari. Banyak faktor yang saya perlu ambil kira sebelum mencari pengganti antaranya kedua-dua anak kami. Mereka terlalu rapat dengan saya malah anak kedua iaitu Mariyam Rashika masih tidur bersama dengan saya." Vee turut menegaskan pengganti pasangan hidupnya kelak haruslah bijak mengambil hati dua orang anak di bawah jagaannya Mikhail Imran dan Mariyam Rashika serta mampu menjaga mereka sekeluarga. Menjengah ke Instagram Vanidah imran, rupa-rupanya aktres itu kini giat mempromosi dan menyertai kontinjen Silat Cekak Pusaka Hanafi sehingga mewakili negara ke kejohanan silat di Korea Selatan selain turut aktif melibatkan diri dalam kejohanan marathon. Tidak hairanlah Vee kekal sihat dan dan bertenaga!
|
umbut replied at 4-1-2020 10:28 AM
Semoga cinta bertaut kembali cam mona dan razif
KIM.K replied at 4-1-2020 11:23 AM
Harap ex sheols tak terlibat dengan dadah
Vee tengah buat PhD sekarang
annadonna replied at 4-1-2020 11:59 AM
Bukan phd. Dia buat Masters kat UM
ADVERTISEMENT