Menerusi paparan oleh Mstar, pelakon jelita dan berbakat besar Vanidah Imran atau lebih mesra disapa sebagai Vee menyatakan dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suaminya yang juga aktor popular, Rashidi Ishak pada 9 Ogos 2018 lalu.
V anidah Imran di ASK 2019 Foto: Instagram vanidahimran
Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekaligus mengakhiri rumah tangga mereka yang telah dibina selama 17 tahun atas sebab yang tidak didedahkan.
Vanidah Imran dan Rashidi Ishak bersama dua anak mereka Foto: beautifulnara
Apabila ditanya mengenai pengganti pasangan hidupnya, aktres berusa 47 tahun itu berkata kepada Mstar.
"Nak kata tutup pintu hati tu tidaklah, namun tak pula saya mencari. Banyak faktor yang saya perlu ambil kira sebelum mencari pengganti antaranya kedua-dua anak kami. Mereka terlalu rapat dengan saya malah anak kedua iaitu Mariyam Rashika masih tidur bersama dengan saya."
Vee turut menegaskan pengganti pasangan hidupnya kelak haruslah bijak mengambil hati dua orang anak di bawah jagaannya Mikhail Imran dan Mariyam Rashika serta mampu menjaga mereka sekeluarga.
Menjengah ke Instagram Vanidah imran, rupa-rupanya aktres itu kini giat mempromosi dan menyertai kontinjen Silat Cekak Pusaka Hanafi sehingga mewakili negara ke kejohanan silat di Korea Selatan selain turut aktif melibatkan diri dalam kejohanan marathon. Tidak hairanlah Vee kekal sihat dan dan bertenaga!
Walaupun telah berpisah, Vee dan Shidi cukup professional sehingga masih boleh bekerjasama sebagai pelakon dalam filem terbaru mereka bergenre political thriller berjudul Daulat yang akan ditayangkan pertengahan tahun ini.
F oto:koolfm.my
Filem Daulat arahan pengarah drama bersiri Jibril, Imran Sheik ini dibintangi oleh Vanidah Imran, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.
Berikut adalah teaser trailer filem Daulat. Nampak mengujakan, bukan?
Dalam filem ini, Vanidah Imran bakal memegang watak sebagai seorang ahli politik bernama Suri, manakala Tony memegang watak bernama Hasan.
Menurut Vee, dia dan bekas suami Rashidi menjalani sesi ujibakat seperti pelakon lain sebelum mendapatkan watak yang mereka jayakan dalam filem itu.
Selain itu, filem filem Daulat turut dibintangi Cristina Suzanne sebagai Nadiya Hassan, Jasmine Suraya sebagai Jasmin Cho dan Zul Zamir sebagai Ali Fahim.
Foto:koolfm.my
F oto:koolfm.my
Foto:koolfm.my
Filem yang nampak 'promising' ini pasti menarik untuk ditonton apatah lagi dibarisi para pelakon yang bukan calang-calang. - CARI
|