Sejak tular dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shahruddin sekali lagi mencetuskan kontroversi. Menerusi Twitter, Cleo mendakwa kadar cukai tinggi di Malaysia adalah punca harga kereta tinggi. "Penurunan cukai kereta import pada masa sama akan menurunkan harga jualan kereta nasional," tulisnya. Tambahnya, tidak adil bagi ibu bapa yang memiliki anak ramai terutama yang perlu menyediakan kerusi keselamatan untuk anak kecil.
Ciapannya itu menerima respons negatif ramai pengguna yang menyifatkan Cleo seolah-olah 'ada udang di sebalik batu'. Dakwa pengguna Twitter, berkemungkinan besar saranan itu tidak dibuat bagi pihak rakyat marhaen. "Dia guna sentimen rakyat marhaen untuk kerajaan kurangkan harga kereta idaman dia," komen warganet yang kemudian dibidas Cleopatra. Bagaimanapun, ada yang bersetuju dengan cadangan Cleo memandangkan tindakan itu mungkin akan mencetuskan perang harga seperti yang berlaku kepada jualan telefon pintar masa kini. Sekali gus, ia mungkin dapat menurunkan harga jualan kereta. - CARI
|
ngek replied at 2-1-2020 06:30 PM
kesian dia. muka fake. otak pun takde
ADVERTISEMENT