|
|
Sejak tular dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shahruddin sekali lagi mencetuskan kontroversi.
 Kredit foto: Twitter
Menerusi Twitter, Cleo mendakwa kadar cukai tinggi di Malaysia adalah punca harga kereta tinggi.
" enurunan cukai kereta import pada masa sama akan menurunkan harga jualan kereta nasional," tulisnya.
 Kredit foto: Twitter
Tambahnya, tidak adil bagi ibu bapa yang memiliki anak ramai terutama yang perlu menyediakan kerusi keselamatan untuk anak kecil.
 Kredit foto: Twitter
Ciapannya itu menerima respons negatif ramai pengguna yang menyifatkan Cleo seolah-olah 'ada udang di sebalik batu'.
Dakwa pengguna Twitter, berkemungkinan besar saranan itu tidak dibuat bagi pihak rakyat marhaen.
 Kredit foto: Twitter
"Dia guna sentimen rakyat marhaen untuk kerajaan kurangkan harga kereta idaman dia," komen warganet yang kemudian dibidas Cleopatra.
 Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ada yang bersetuju dengan cadangan Cleo memandangkan tindakan itu mungkin akan mencetuskan perang harga seperti yang berlaku kepada jualan telefon pintar masa kini.
 Kredit foto: Twitter
Sekali gus, ia mungkin dapat menurunkan harga jualan kereta. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|