CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Sudah-sudahlah Buat Lawak" - Sharnaaz Ahmad Bosan Dengan Troll Kereta Terbang

2-1-2020 11:15 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8709| Komen: 42|Original author: Oleh: rikuren

Kredit Foto - Instagram Sharnaaz Ahmad

Jenaka mengenai kereta terbang tular di media sosial ketika menyambut kehadiran tahun 2020 beberapa hari ini.

Ini kerana masyarakat pernah disogok dengan kabar angin kononnya akan wujud kereta terbang menjelang 2020 sebagai hasil kepesatan teknologi.

Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang menganggap jenaka kereta terbang pada tahun 2020 adalah satu perkara yang agak membosankan. 

Perkara ini diluahkan menerusi laman Twitternya.



Menurutnya lagi, masyarakat harus berusaha untuk mencapai impian dan bukan menjadikan perkara itu sebagai bahan tawa.

"Troll kereta terbang tu agak membosankan, dari buat lawak pasal kereta terbang, baik pikirkan dan usahakan mimpi yang kita hajati itu terbang menuju kejayaan.

"Lets dream big rather make jokes of people dreams.

"p/s Car will fly, that is peoples dream too. Work it out geng," tulisnya.

Dulu projek kereta nasional dibangkang dan diperlekehkan kononnya tidak akan laku. Hari ini, Proton adalah satu entiti yang berjaya.

Begitulah juga kereta terbang yang menjadi bahan jenaka pada masa kini berkemungkinan menjadi kenyataan dan penting pada masa depan. - CARI
4

Bagus
3

Marah

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missBlackDahlia 2-1-2020 11:20 AM
Edited by missBlackDahlia at 2-1-2020 11:35 AM

wpun tak minat dia.. tp aku jua turut nyampah ngan lawak keta terbang tu..
ko impian & cita2 diri sendiri pon tak capai2, apa tah lagi impian kerajaan
Quote natrahn 2-1-2020 11:30 AM
missBlackDahlia replied at 2-1-2020 11:20 AM
wpun tak minat dia.. tp aku jua turun nyampah ngan lawak keta terbang tu..
ko impian & cita2 diri s ...

kah  kah kah win lah
Quote mizruncing 2-1-2020 11:37 AM
mcm tu la org dok menyampah dgn kau dlu masa kau acah2 gangster, maki orang sane sini
Quote afie_m 2-1-2020 11:37 AM
betul ..aku pun menyampah ..asal buka fb ja pasal kereta terbang....

Quote Rogue98 2-1-2020 11:53 AM
Mmg patut kn troll pun. Mamak ni pulak sakit hati apasal. Kau tu xde keje ke duk baca FB jer asik.
Quote Suchi 2-1-2020 11:55 AM
Sebenarnya takde pun wawasan 2020 tu kata nk wat keta terbang tak caya g bukak wiki pasal matlamat wawasan  2020 tu.

Korang je masa sekolah dulu bila cikgu suh lukis tema wawasan 2020 semua duk bayangkan keadaan malaysia bila 2020 mcm dlm filem sains fiksyen.

Apapun matlamat rancangan jangka panjang berusia lebih 30 tahun ni gagal dan ditambah lg 10 tahun huhu
Rasanya susah nk capai terutama tuk wujudkan bangsa malaysia tu.
Bab perpaduan ni payah nk cite masing2 bitter kat belakang walopun bila terserempak sengih2 je
Quote kucingitam 2-1-2020 12:03 PM
aku sokong nanaz..menyampah gila buka fb semua cerita pasal kereta terbang..
eh korang berak tak pandai flush lagi mau kereta terbang.
seat belt pun x reti pakai
kjaan soh guna carseat pun merempan..lagi mau terbang2..so annoying
Quote Skuau 2-1-2020 12:12 PM
SAPA YG TENGOK/LAYAN PASTU MEROYAN/MENYAMPAH...DIA BENGONG.
Quote maxim 2-1-2020 12:19 PM
Ansuran kete pn x abis bayar ada hati nk troll kete terbang
Quote natrahn 2-1-2020 12:24 PM
Suchi replied at 2-1-2020 11:55 AM
Sebenarnya takde pun wawasan 2020 tu kata nk wat keta terbang tak caya g bukak wiki pasal matlamat w ...

tu la pm masa tu sebut nak jadi negara maju....

maybe lukis keta terbang sebab tengok citer back to the future tu...

skate board pun terbang time tu....
Quote ALDRIN 2-1-2020 12:27 PM
Tu laaa aku pon sama nyampah.....dedulu iols suka tgk beyond 2000....nmpk realistik 2020 tu
Quote MentariSenja 2-1-2020 12:36 PM
Well said sharnaz....I tak minat u tapi this time I setuju ngan u. Bak kata org, kalau diri sendiri tak nak usahakan sesuatu, tak perlu perkecilkan or gelakkan impian / usaha org lain...
Quote AshkieLa 2-1-2020 12:48 PM
ALDRIN replied at 2-1-2020 12:27 PM
Tu laaa aku pon sama nyampah.....dedulu iols suka tgk beyond 2000....nmpk realistik 2020 tu

betul.. beyond 2000 tu menarik... suka tengok dulu.

menyampah jugak bila dah ramai2 up bende sama... lagi2 bila yg up tu pempuan.
isi angin tayar pun ade yg tak reti, apetah lagi tukar tayar pancit...
pastu bila lampu bateri kt dashboard menyala jer pun dah gelabah mcm keta nk meletop...
lagi nak sindir pasal keta terbang konon...

Quote Kurex 2-1-2020 12:57 PM
dah start balik mulyt ponen dia ni.. azwan ali kata mulut nanaz macam pondan lorong
Quote iszablack 2-1-2020 01:01 PM
Me too bosan baca psl trollllll keta terbang tu.. mula2 terhibur gak..  lama2..... hmmmmm....
Quote apedehal 2-1-2020 01:06 PM
Ek eleh..aku pun bosan gak drama ko n bini
Quote Lolalala 2-1-2020 01:33 PM
Biar laaa x de kereta terbang. Kang ado yg accident langgar balcony rumah aku kat tingkat 25 ni. Pening IO nak buat report. Pasal troll ni lun memang menyampah.
Tapi bila kita lalu KL/kalng valley, memang nampak dah gambaran negara maju. Flyover tinggi bertingkat, train non stop jalan(putra,lr,monorail,ktm,klia,mrt). Bus 2 tingkat pun banyak. Bangungan tinggi pelbagai bentuk.
Quote Nt-ViruS 2-1-2020 01:40 PM
Ni style den la, kalau benda betul den cakap betul walaupun den xsuke sapa yang cakap tu. so walaupun den anti-sharnaz tapi memang betul la dia cakap tu.

overuse sangat meme kereta terbang 2020 kat social media naik muak. nak maju tapi buang sampah pun merata. makan mcd pun tak reti nak kemas sendiri. puihhh.
Quote ashilalat 2-1-2020 01:46 PM
Suchi replied at 2-1-2020 11:55 AM
Sebenarnya takde pun wawasan 2020 tu kata nk wat keta terbang tak caya g bukak wiki pasal matlamat w ...

Aku rasa org bukan troll tun M pasal wawasan 2020. Dulu Tun M x kata pon 2020 ada kereta terbang. Org troll menteri bodoh yg dgn yakinnya kata kereta terbang buatan malaysia dah siap. Konon nak pandu uji lah, akan dipasarkan lah. Bodoh benaw. Org x kisah pon 2020 xde kereta terbang tp menteri hanjing ni yg beriya2 buat org percaya benda bodoh. Sudahnya mmg bodoh.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.042132 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top