Rasanya, ramai sudah sedia maklum tentang kewajipan memasang kerusi bayi di dalam kenderaan bagi mereka yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil.
Ini merupakan salah satu langkah dalam mengawal kes kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak yang tidak memakai kerusi keselamatan tersebut. Terbaru, KPDNHEP dilaporkan akan melakukan pemantauan teliti dek lambakan penjualan car seat di Internet yang terlalu murah dan tidak mematuhi ciri-ciri piawaian ditetapkan.
Menurut Datuk Seri Saifudin, pihak kementerian akan terus melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang mengambil kira pematuhan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh MIROS, standard keselamatan, cap dagangan palsu atau tulen serta lain-lain yang berkaitan. Menurut Berita Harian, pihak kementerian menggalas tanggungjawab dalam setiap aspek mengenai kerusi keselamatan kanak-kanak tersebut supaya tidak timbul isu atau aduan mengenai barangan tiruan dan tidak selamat dijual kepada orang awam kelak. Hal ini berikutan terdapat laporan dalam sebuah akhbar yang melaporkan car seat kini boleh didapati dengan harga serendah RM18 hingga RM39.90 setiap satu menerusi pembelian dalam talian. Ibu bapa haruslah bijak memilih dan tidak bersikap selektif memilih jenama yang tidak selamat dan terlampau murah. Biar mahal, tapi memenuhi piawaian yang ditetapkan supaya tidak menyesal di kemudian hari. - CARI |
whadda replied at 30-12-2019 03:17 PM
jenis camni kot.. kat shopee rm18
talapia replied at 30-12-2019 03:56 PM
aku ada beli aritu masa sale 12.12.. tapi aku beli sebab nakkan padding nya.. carseat anakku dah l ...
cha-cha replied at 30-12-2019 04:02 PM
Kalau bawak anak naik Grab macam mana?
mijot replied at 30-12-2019 04:09 PM
apabila harga crs mahal, dan ini adalah pilihan diorg utk elakkan disaman..
talapia replied at 31-12-2019 10:00 AM
satu tahap nanti.. public car pon kena provide carseats la jugak kot.. klau kita nak request grab. ...
dagusengett replied at 31-12-2019 10:43 AM
Ikut bacaan dlm grup grup fb kena bwk carseat sendiri bila naik public cab....kalau sewa kereta pu ...
talapia replied at 31-12-2019 10:02 AM
takkan la semua nak disaman... awal2 ni.. bagi nasihat la dulu... kalau dh tengok org tu naik wira ...
makita replied at 31-12-2019 02:40 PM
Hari tu kata bdk umo 12 tahun ke bwah wajib. Patu ni da xde umor dia bagi ketinggian pulak.
makita replied at 31-12-2019 02:40 PM
Hari tu kata bdk umo 12 tahun ke bwah wajib. Patu ni da xde umor dia bagi ketinggian pulak.
ADVERTISEMENT