CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan PH Berjaya Tunai 75 Peratus Janji PTPTN - Wan Saiful Wan Jan

27-12-2019 11:30 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4966| Komen: 29|Original author: Tukang Tulis


Wan Saiful Wan Jan menunjukkan buku manifesto Pakatan Harapan yang turut mengandungi janji mengenai PTPTN. Kredit foto: 1Media.My

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji berhubung skim pinjaman pelajaran itu.

Memetik penjelasan beliau dalam program 'Bicara Politikonomi' terbitan RTM yang turut disiarkan melalui YouTube pada 25 Disember, tiga daripada empat janji berkaitan PTPTN dalam Buku Harapan telah ditunaikan oleh kerajaan.

Kata Wan Saiful, janji pertama yang ditunaikan adalah pelupusan pinjaman untuk pelajar cemerlang dari keluarga B40 dan M40 manakala janji kedua adalah menarik balik sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam-peminjam yang ingkar.

"Janji ketiga ialah anak muda yang tidak mampu bayar, majikannya diberi insentif untuk bantu bayar dan ini juga telah dilaksanakan bermula tahun ini. 


"Majikan yang membantu bayar balik pinjaman pekerja mereka akan diberi pelepasan cukai," katanya.


Beliau mengakui cuma satu janji yang belum ditunaikan oleh kerajaan PH iaitu menangguhkan bayaran balik pinjaman kepada mereka yang menerima gaji di bawah RM4,000 sebulan.

Seperti yang dijelaskan oleh Wan Saiful, perkara tersebut sedang diusahakan oleh PTPTN dan akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

Salah satu aktiviti promosi PTPTN (gambar hiasan). Kredit foto: Facebook
Secara keseluruhan, beliau berpuas hati kerana tiga daripada empat janji mengenai PTPTN telah ditunaikan sejak kerajaan PH memerintah.

"Kira-kira 75 peratus dan ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh pegawai-pegawai kita," jelasnya.

Bagaimana pula dengan rakyat khususnya peminjam-peminjam PTPTN, adakah mereka berpuas hati dengan pencapaian itu? - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Elanarose

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote badaksumbu 27-12-2019 11:38 AM
najib dah jawab

ringkasannya lebih kurang gini "bodo punya org, semua tu mmg dah dibuat kerajaan dulu"




Dalam PH mungkin ada pertandingan Maharaja Lawak.

Kalau tidak tak mungkin macam ini.

Seolah-olah semua tengah berlumba nak jadi juara.

Hello.

1. PTPTN masa BN memang dah FREE untuk pelajar cemerlang ya. Ia dinamakan "engecualian Bayaran Balik" bagi graduan ijazah kelas pertama.

2. Awal tahun 2018, saya mempunyai perancangan untuk memberi pengecualian bayaran balik kepada graduan dengan ijazah kelas kedua (atas).

Masa itu, saya telah minta pegawai-pegawai pejabat saya untuk buat kajian awal mengenai insentif PTPTN baru ini. Saya juga yakin ia dapat dilaksanakan mulai Bajet 2019.

Saya pernah tulis mengenai ini https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156142023115952

Sejak PH jadi kerajaan, apa yang PH buat untuk ringankan beban pelajar?

3. PTPTN masa BN ada diskaun pembayaran balik sehingga 20 peratus. Masa PH?

Bila nak bagi pendidikan percuma? Mansuh PTPTN?

Tapi tidak apa, kita berikanlah dia sedikit kasih sayang.

Tepuklah untuk dia.
See Translation
Quote Atata 27-12-2019 11:48 AM
badaksumbu replied at 27-12-2019 11:38 AM
najib dah jawab

ringkasannya lebih kurang gini "bodo punya org, semua tu mmg dah dibuat kerajaan  ...

Kihkihkih.... Berila dia sikit kasih sayang. Tepuk2
Quote dino 27-12-2019 11:49 AM
die punya menipu takleh blah sungguh la haha
Quote azhardanil 27-12-2019 11:53 AM
Tak sabar nak tunggu next General Election... Nak tengok janji2 baru yang akan ditabur.
Quote dizekni 27-12-2019 11:55 AM
Menipu mahacai macam @Knights boleh la
Quote Bell 27-12-2019 11:58 AM
Edited by Bell at 27-12-2019 12:00 PM

One more yg Najib buat - diskaun 20% utk yg bayar one lump sum. Yg ni PH tak buat. Sembang kari lahhhhh
Quote Ina8895 27-12-2019 12:02 PM
Tepuk... tepuk...
Pandai adik tepuk
Quote che-cikL 27-12-2019 12:03 PM
Betulke Wan yg ni yg tukang karang buku Janji Harapan ni?

Ayat dlm tu bercampur baur, tak nampak professional.

Ke ada Wan yg lain?
Quote lipans 27-12-2019 12:07 PM
Wan Tu Som
Quote belilies 27-12-2019 02:03 PM
Well, mana yang tak puas hati tu maksudnya hutang dia tak habes bayar lagi lah tu. Tak malu tanggung hutang nak salahkan org janji mansuhkan hutang. Bodoh benak yang tak layak membiak. Entah guna untuk apalah duit ptptn tu dulu masa belajar, pernah tak terfikir berkat ke tidak harini esok lusa tau bimbang hutang ptptn tak terbayar sebab tak berkat. Padan muka. Berhutang buatlah cara berhutang. Kalau ikhlas kau guna duit tu dulu, lama dah tuhan kau bagi jalan nak mudahkan kau kurangkan hutang tu.
Quote Ina8895 27-12-2019 02:06 PM
che-cikL: Betulke Wan yg ni yg tukang karang buku Janji Harapan ni? Ayat dlm tu bercampur baur, tak nampak professional.Ke ada Wan yg lain?


Dia le yang tulis buku tu
Quote Ina8895 27-12-2019 02:07 PM
belilies: Well, mana yang tak puas hati tu maksudnya hutang dia tak habes bayar lagi lah tu. Tak malu tanggung hutang nak salahkan org janji mansuhkan hutang. B ...


Udah2 le jadi cai ph. Korang jugak yang janji nak mansuh ptptn. Dah menang rakyat tuntut janji le hawau
Quote ajinomotonosuga 27-12-2019 02:35 PM
che-cikL replied at 27-12-2019 12:03 PM
Betulke Wan yg ni yg tukang karang buku Janji Harapan ni?

Ayat dlm tu bercampur baur, tak nampak ...

Wan Maimunah???

Takkan Wan Norazlinnnn kuttt...

Wan Ji? Ni ulama DAP kominis hahahaha
Quote sarah82 27-12-2019 02:42 PM
Utk Wan Saiful kejadahnya..

1eed7a.jpg
Quote JohnnySins 27-12-2019 02:46 PM
Quote harisbee 27-12-2019 02:54 PM
JohnnySins replied at 27-12-2019 02:46 PM

Jelmaan piji gemok ke ni
Quote najib888 27-12-2019 03:00 PM
Boo Hoo...

Terus bagi figure 75% tu.. menipu hangit..haraam jaddah...

Mana dia part mansuh tu? kalau hang cakap PTPTN mansuh, barulah 100% janji PTPTN settle.. ngok!
Quote JohnnySins 27-12-2019 03:04 PM

tak dak idea nak maki apa dah kerajaan pakatan haramjada ni ceq....tampai la gambaq kucing thumb up ni...wakaakkakakakakaka
Quote BateriKOng 27-12-2019 03:15 PM
tak kencing x ph la

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064095 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top