Shopee Malaysia nampaknya bertindak berani dengan mengeluarkan iklan pengimbas cap jari di Facebook miliknya semalam dengan kata-kata 'supaya pesakit di hospital tak perlu diusung ke pejabat'.
Ia dipercayai susulan kes pesakit kanser yang terpaksa diusung ke pejabat KWSP gara-gara ingin melakukan pengeluaran wang bagi urusan rawatan. ”Dengan adanya peranti yang boleh dibawa ke mana-mana ini, pelanggan yang tidak berkemampuan untuk ke pejabat tak perlu bersusah payah diusung untuk membuat urusan. ”Di Shopee, harganya pun mampu milik - tak perlu keluarkan wang caruman anda,” catat iklan itu. Memetik laporan ProjekMM, produk cap jari itu berharga RM1,572.99. Peranti tersebut dikatakan dapat dihubungkan dengan telefon bimbit dan juga mempunyai fungsi membaca kedudukan lokasi walau di mana jua. Ramai di kalangan warganet berasa geli hati dengan 'sindiran' pedas daripada Shopee itu. - CARI
|
ADVERTISEMENT