Wah, nak buat novel cinta dan menang anugerah katanya. Dr Erin perli siapa tu? "Percintaan Winter Sonata atau Ainul Mardhiah. Aduh siap ada nak buat novel bagai ni, ada tak orang nak buat filem ke drama ke?
"Kalau ada mari sini nak tambah sedap. Kadang-kadang yang tersurat belum tentu yang tersirat. "Takat isteri teraniaya, nikah dua cerai tu biasa duk dengar. Ini lagi best memang kalau buat novel boleh menang anugerah," tulisnya di Instagram seperti dipetik Gempak. Lebih panas apabila isteri baru penceramah Farhan Mutawwif itu meluahkan hasrat ingin menghasilkan naskhah cinta luar daripada norma manusia biasa. "Tiba-tiba terasa nak buat novel kisah percintaan pengkid yang tidak kesampaianlah.
"Kerana dendam kesumat akibat kekasih hati dikahwini lelaki straight, si pengkid pun berusaha untuk meruntuhkan rumahtangga si kekasih hati. "Kekasih hati pun beriya-iya cuba menyelamatkan si pengkid itu tanpa menghiraukan si suami. "Rasa-rasa, adakah cinta ini boleh mengatasi cinta Winter Sonata dan Ainul Mardhiah?" katanya. Seronok sakan dapat bercuti ke Korea Selatan bersama kesemua lapan anaknya hasil daripada perkahwinan Dr Erin sebelum ini. Amboi, nampak bahagia betul pasangan ini ya. - CARI
|
princessmiang replied at 18-12-2019 05:30 PM
Apa lancut DR??? Dia bukan dr lahanat
ADVERTISEMENT