CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sherry Al-Hadad Tak Memilih Rakan Hos, Tak Mahu Bermusuh Dengan Sesiapa

18-12-2019 05:46 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4503| Komen: 11|Original author: Oleh: Saiful

Description: Hebat Sherry Al-Hadad. Tak lama lagi personaliti ini akan menjadi pengacara untuk sebuah lagi rancangan realiti hiburan, Dansa Dan Sing.
Hebat Sherry Al-Hadad. Tidak lama lagi personaliti ini akan menjadi pengacara untuk sebuah lagi rancangan realiti hiburan, Dansa Dan Sing.

Buat masa ini, siapa gandingannya untuk sama-sama mengacara masih lagi belum didedahkan.


Bila ditanya, Sherry kata dia tidak terlalu memilih mengenai pasangan hos dan selalu bersikap terbuka.



"Saya terima tawaran ini walaupun tak tahu dengan siapa akan digandingkan. Sebab saya jenis yang mudah mesra dan senang bergaul dengan sesiapa pun," katanya kepada Media Hiburan.

Tambahnya, dia tiada musuh dalam industri hiburan ini.



"Saya tak ada rasa macam tidak suka atau gaduh dengan sesiapa. Jadi, InsyaAllah untuk berjumpa dan mencari keserasian dengan orang baru itu mudah."

Walau bagaimanapun, Sherry juga berharap agar rakan hosnya itu nanti akan turut bersikap terbuka.

"Dia kena terbuka untuk menerima apa sahaja pendapat dan teguran saya," tambahnya.


Foto: IG

Patutlah ceria sahaja Sherry ni. Hati senang sebab tak ada bermusuh dengan sesiapa. Bukan macam sesetengah artis tu, asyik nak bergaduh je kerjanya! - CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-12-2019 06:03 PM
Wowww.... Rasa2 dia ganti x neelofa utk rancangan Meletop
Quote imransulaiman 18-12-2019 06:30 PM
Perawankota: Wowww.... Rasa2 dia ganti x neelofa utk rancangan Meletop

Kalau dia ganti pun best juga..sebab dia ni happening! Tapi kesian kat dia terpaksa mengacara sambil duduk (maaf, tiada niat body shaming...tapi saya yang jadi kesian...).

By the way, gambar baju hitam tu sebijik rupa Dia Fadila masa semi final GV!
Quote Mawar91 18-12-2019 07:23 PM
Ramai speku syafiq farhain cohost die dalam program tu. Ontahla
Quote wirazam 18-12-2019 07:45 PM
masyuk dia nih..lebat job dia..ntah2 dah cecah nak jd jutawan dah...
Quote innocent_me 18-12-2019 07:52 PM
Sherry baru ni je semangat diet n senam utk jaga badan. Dah nampak susut masa tu. Lepas tu mcm dah lama statik je..
You go girl jgn cpt putus asa okey. Teruskan semangat utk jaga badan u juga yg untung dan lebih sihat.  
Quote koda 18-12-2019 07:53 PM
"Saya tak ada rasa macam tidak suka atau gaduh dengan sesiapa. Jadi, InsyaAllah untuk berjumpa dan mencari keserasian dengan orang baru itu mudah."

Sesuai la jd host meletoppp. Semua orang dalam industri boleh datang program ni nanti.
Quote hangdenim 18-12-2019 10:03 PM
innocent_me replied at 18-12-2019 07:52 PM
Sherry baru ni je semangat diet n senam utk jaga badan. Dah nampak susut masa tu. Lepas tu mcm dah l ...

Setujusssss, masa tgh tahun haritu nampak mengecutttt sangat, hujung2 tahun ni meols perhati memboyak balik. Tapi tetap hotz & hosting tetap onz! Her physicality tak ganggu bakap sheols, very thevasssss
Quote RatuDunia94 19-12-2019 01:30 AM
Dansa Dan Sing tu program tarian ke? Tp malaysia ni terhad sikit utk buat program tarian sbb ada unsur sentuhan intim lelaki perempuan unless suami isteri je.
Quote dekmieDandy 19-12-2019 09:28 AM
innocent_me replied at 18-12-2019 11:52 AM
Sherry baru ni je semangat diet n senam utk jaga badan. Dah nampak susut masa tu. Lepas tu mcm dah l ...

iollss tak rasa dia senam untuk kurus

more to fitness je rasanya, sebab jarang nampak dia buat cardio
Quote de_ikea 19-12-2019 09:32 AM
Iols dah lama betul tak nmpk sheols dgn zurin terdampar. Dulu mmg kembar ke mana-mana berdua. Gaduh ke?
Quote chinta89 19-12-2019 09:54 AM
suka dia nih happy je tgk hehe

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050554 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top