CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Akan Pilih Rupa Paras Untuk Berlakon Dalam Drama Saya," Haji Zeel

18-12-2019 03:07 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 13745| Komen: 78|Original author: intan

Penerbit drama terkenal,Haji Zeel atau nama sebenarnya Fadzil Teh tetap dengan pendirian beliau yang mencari bakat baru dalam bidang lakonan dengan bersandarkan pada paras rupa sebelum dipilih untuk membintangi drama di bawah produksi milik beliau.


Zeel mengulas mengenai pendiriannya yang memang menjadi resam manusia untuk melihat sesuatu yang indah dan cantik, justeru ianya memang akan menjadi keutamaan untuk memancing penonton.

Kredit foto: Google Image

"Kalau nak ambil pelakon baru, kena cantik dan elok dalam TV. Bagi saya senang saja, orang cantik kena keluar TV, yang kurang tu elok jadi penonton di rumah sajalah," katanya ketika ditemui oleh mStar online.

"Rasanya kita semua nak tengok yang cantik dan elok untuk tatapan, siapalah yang nak tengok yang tak elok dekat TV kan? Jadi saya memang akan pilih rupa paras yang menarik untuk jadi pelako di bawah produksi kami," ujarnya lagi.


Menurutnya,  pelakon baharu ini harus lah menambah ilmu lakonan seperti pergi kelas berlakon, jangan harap muka semata-mata, mantapkan lagi bakat yang ada," katanya kepada mStar.

Haji Zeel yang memiliki syarikat produksi, Zeel Production Sdn. Bhd. itu mengulas lanjut ketika diminta untuk memberi pendapat mengenai faktor pemilihan pelakon baharu di bawah produksinya.

Kredit foto: Google Image
Kredit foto: Google Image

Isu mengenai 'rupa paras dan bakat, manakah yang menjadi keutamaan?' ini telah dibahas dan telah  mencetuskan sebuah kontroversi apabila Datuk A. Aida telah menyuarakan pandangan secara lantang kepada ramai iaitu mengenai isu rupa paras sangat penting untuk seseorang menjadi pelakon kerana perkara itu adalah realiti masa kini.

A.Aida sebelum ini telah bersuara mengenai isu tersebut dan berkata ianya tidak perlu dipertikaikan kerana industri lakonan pada era kini memerlukan pelakon utama yang memiliki rupa paras menarik kerana ianya adalah 'bisnes'.

Rupa paras dan bakat haruslah seiring, kalau tak artis hanya akan menjadi suam-suam kuku kelak. Apa pendapat anda? kongsikan kepada kami. - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 18-12-2019 03:16 PM
orang cantik kena keluar TV, yang kurang tu elok jadi penonton di rumah sajalah


HAHAHAHAHAHAHAHA.
Quote JibboTheCat 18-12-2019 03:21 PM
realiti kehidupan.. pertama paras rupa. yang kedua bilangan pengikut media sosial. bakat belakang kira
Quote Themilo 18-12-2019 03:28 PM
kemain mak hayam besar..
Quote AshkieLa 18-12-2019 03:38 PM
saya akan pilih netflix daripada layan drama keluaran production anda...
Quote lolipopbiru 18-12-2019 03:41 PM
hj zil ni memang suka artis lelaki muda kot. sbb slalu tengok dia drop komen kt ig artis lelaki, menggeletis pula komen dia.sedap sedap apa tu cth mcm ig fattah, dan a few ig bdk bdk hero remaja.
Quote jijilaaa 18-12-2019 03:46 PM
artis malaysia tak cantik pun. banyak yang makeover, repair sana sini. ada duit ko cantiklaaa
Quote Tukul.Besi 18-12-2019 03:47 PM
Sebelum nak bagi berlakon tu, mestilah kena bagi something dulu khennnnnn
Quote Mary_jane 18-12-2019 03:55 PM
Dan hj zeel sendiri pun pilih untuk bekerja di belakang tabir. Walk the talk.
Quote bukan_ustazah 18-12-2019 03:55 PM
Iols pun nak tengok drama melayu ke korea ke tgk siapa pelakon dulu kalau rupa nanhado takde mood. Uols tak payah kecam Hj Zeel sbb pelakun kalau tak helok uols jugak kecam kata muka bibik la, skla nguapan la, takde aura laaa
Quote manehnya 18-12-2019 03:56 PM
Bakat baru dlm citer yg terkini terbitan rentua Ni, rindu yg terlarang, cantik n berbakat, mcm watak Rania n teha.. tu baru la muda fresh tang tang

Kipidap... Selagi bkn ristena n adik dia heroin, oke jer
Quote beta_carotene 18-12-2019 03:58 PM
Setuju sis.. Wajah2 persis cekodok basi ni elok duduk rumah saja
Quote jebatmaspunyer 18-12-2019 04:00 PM
betullah dari POV dia.. sbb yang jadi target penonton drama dia pun bukan golongan intellektual.. dia buat bisnes, seni lakonan blkg kira.. asal ada y stesen tv y sanggup membeli drama dia & y sanggup menonton.. dia dah lama dlm bidang ni.. itu formula perniagaan dia & terbukti berkesan. kalau x berkesan dia takkan pertahankan. pasal kemajuan industri seni dia peduli apa...
Quote cikatilia 18-12-2019 04:13 PM
yesza
jadilah drama2 sampah
Quote pipipiee 18-12-2019 04:14 PM
hhhhhhhhhhhmmmmm.hat nie kena tanya NAZA 4!!
Quote belilies 18-12-2019 04:29 PM
beta_carotene replied at 18-12-2019 03:58 PM
Setuju sis.. Wajah2 persis cekodok basi ni elok duduk rumah saja

Sebut cekodok basi jah iols trusss terrrimejin ruhainies. Napakah.
Quote yukisakura 18-12-2019 04:29 PM
Ada rupa paras pon kalau tak berbakat pon tak boleh gak ..mesti kena seiring la ..kalau dah tahu tak berbakat usaha la p belajar.
Quote takayama 18-12-2019 04:39 PM
apa2 ajelah  hj zil
asal ko bahagia udah
Quote no_el 18-12-2019 04:43 PM
I setuju. Nak yg lawa baru sedap mata memndang
Baru ni tgk liputan sukan sea kat astro arena ya ampun
Please la astro. Tolong la letak peggulas d vanue pun yg sedap mata memandang. Ni dgn hitam gelap bibir lebam gigi karat ko ambik jd pgulas.
Quote adila39 18-12-2019 04:47 PM
alaaa pelakon melayu bangun tido pun make up tebal.. even nak meninggal pun make up... baik tgk korea.. natural je

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.136709 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top