CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Tak Berlagak Acah-Acah Slang Speaking,"-Azah Aziz Bengang Dikata Speaking Berterabur

18-12-2019 10:47 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 25364| Komen: 140|Original author: SakuraJo

Description: Pelakon dan model era 90-an, Azaz Aziz atau nama sebenarnya Norazah Aziz baru-baru ini meluahkan rasa berangnya apabila seorang netizen mengutuk penggunaan bahasa Inggerisnya yang dikatakan berterabur ...
Pelakon dan model era 90-an, Azaz Aziz atau nama sebenarnya Norazah Aziz baru-baru ini meluahkan rasa berangnya apabila seorang netizen mengutuk penggunaan bahasa Inggerisnya yang dikatakan berterabur dan tidak fasih walaupun sudah berpuluh tahun duduk di luar negara.



Azah memuat naik 'screenshot' mesej peribadi yang dihantar oleh individu terbabit ke akaun Instagram miliknya yang mempersoalkan tahap kefasihan bahasa Inggeris wanita berusia 46 tahun itu. 

Lebih teruk lagi, individu yang merupakan seorang wanita itu sempat membandingkan Azah dengan kawan baiknya, Sharifah Shahira atau Shiera yang dikatakan lebih fasih berbahasa Inggeris walaupun tidak bermastautin di negara luar. 


Berang dengan individu terbabit, Azah berkata yang dia tidak perlu untuk mengikut slanga orang barat hanya kerana dia duduk di luar negara. 

"Tak de kerja ye, Komen aku speaking berterabur ke tulis berterabur ke..aku berterabur pun kau kecam."

"Aku speaking French kang kau kata aku berlagak, kang kau tak faham lak."

Tambah Azah lagi, dia bukannya seperti sesetengah orang Malaysia yang duduk di dalam negara tetapi gaya percakapan melebih-lebih mengalahkan orang barat itu sendiri. 

"Aku tak berlagak cam orang-orang duduk Malaysia tu, acah-acah slang speaking, tak reti cakap Melayu. Sedih."

"Orang-orang Kanada faham pun, kenapa nak sibuk?"

Sempat memerli individu tersebut, Azah menganggap yang dia tidak pernah ke luar negara.

"Kau tu je tak pernah pergi oversea kot. Konon duduk Malaysia kena speaking or write proper English ke? Sedih hidup kau, dik."


Ujar Azah lagi, Shiera sememangnya fasih berbahasa Inggeris tetapi dia tidak pernah berlagak. Tetapi sekiranya Shiera cuba berbahasa Perancis, Shiera pastinya tidak fasih dan akan dikatakan 'berterabur' jugak.

Rata-rata ramai yang mengecam perbuatan individu terbabit dan menganggapnya sebagai penyibuk termasuklah kawan baik Azah, Shiera.

Kredit foto : Ig Azah Aziz

Azah kini menetap di Montreal, Kanada bersama suaminya, Daud Leroy Abdullah dan tiga anak lelaki hasil daripada perkahwinan mereka.

 
Kredit foto : Ig Azah Aziz

Bagi yang tidak tahu, bahasa utama yang digunakan oleh penduduk Montreal adalah bahasa Perancis. Jadi tidak hairanlah sekiranya Azah lebih fasih berbahasa Perancis berbanding Inggeris.

Apa pun diharap perkara ini menjadi pengajaran kepada individu tersebut untuk tidak sewenang-wenangnya mengecam orang lain. Kepada Kak Azah, bersabarlah! -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sweetgirl 18-12-2019 10:52 AM
halah halah tu pun jd isu ek...
Quote adila39 18-12-2019 11:07 AM
perangai org kita yg taksub sgt suka mengidolakan bahasa lain...klu dah ramai melayu followernya cakap and tulis melayu je la...and rasa okeh je azah tu...xlah over...u dont have to be perfect to look perfect...its so lame tau netizen ni
Quote ajinomotonosuga 18-12-2019 11:08 AM
Dah tadak apa nk cite...kesiannnnn

Skiping london slanga pun...ramai takkan kne retrench ke? Pelabur berebut mai malaya ke?

Apek tatau skiping tatau bm pun jadi jutawan..camna tu?

Bodoh la dok berbangga slanga laa tu la ni la..bontot kelabu asap berkerak mcm melayu lain gak..

Elok sesekali kita cermin bontot kita..huduh ke cantik..asik cermin mukaaaaaa je tu yg lupa diri!!
Quote mimi77 18-12-2019 11:09 AM
azah ni selalu ja gathering dgn org mlayu dkt sana..makanan depa meriah dgn kuehmueh mlayu....so byk dia bcakap mlayu dkt ig dia...
Quote slyfynx 18-12-2019 11:15 AM
Cube cari gosip dr sumber lain.
Bosan la wartawan cr asyik amik dr IG je.
Baik buat subforum, Gsip cedok IG.
Semua berita dr IG letak situ.
Mende ni xde ape pun yang perlu digosipkan.
And mende kecik yang xperlu dibesarkan pun.

Grow up wartawan Malaysia.
Cube jd journalist.
Quote Kurex 18-12-2019 11:22 AM
comel anak2 beliau
Quote abangadek 18-12-2019 11:26 AM
geng pelangi
Quote wi_haryati 18-12-2019 11:27 AM
ajinomotonosuga replied at 18-12-2019 11:08 AM
Dah tadak apa nk cite...kesiannnnn

Skiping london slanga pun...ramai takkan kne retrench ke? Pela ...

banyak masa lapang kot acik bawang tu abe aji.. silap org dia DM .

p.s - hawau u abe aji, long time no see
Quote umbut 18-12-2019 11:49 AM
mimi77 replied at 18-12-2019 11:09 AM
azah ni selalu ja gathering dgn org mlayu dkt sana..makanan depa meriah dgn kuehmueh mlayu....so byk ...

Geng2 dia indon...
Quote rosevelvet 18-12-2019 11:51 AM
slyfynx replied at 18-12-2019 11:15 AM
Cube cari gosip dr sumber lain.
Bosan la wartawan cr asyik amik dr IG je.
Baik buat subforum, Gsip ...

Gosip kak @KiahRonggeng jugak yg best. Cuma gosip kak kiah mcm stuck dlm zaman hitam putih. Retis2 yg nk decode tu pun dh menopos mungkin
Quote AshkieLa 18-12-2019 11:52 AM
forumer pun ade je perangai mcm tu... suka jadi grammar police.
bg meols, kalau selagi boleh faham ayat dia.. ok je.
melainkan bahasa budak2 wechat mcm injured jadi inject semua tu.. yer harus dikecam.
Quote Isfa76 18-12-2019 11:53 AM
Untuk percakapan sehari2 tak perlu pun english yang proper.. broken je.. Org malaysia je yang suka over konon grammer tak betul lah.. itulah inilah.. kita bercakap bahasa malaysia sehari2 pun bahasa pasar je.. tak ada pun bertutur dalam bahasa karangan tatabahasa berbaku suma..
Quote mixed 18-12-2019 11:57 AM

kurex minat yg mana anak2 azah




Quote supermum 18-12-2019 12:01 PM
Dia ingat omputeh semua perfect grammar ke? Tak pernah dengar lagu rap je cane ni. Even kita cakap melayu pun tunggang langgang tatabahasa.
Quote ajinomotonosuga 18-12-2019 12:05 PM
wi_haryati replied at 18-12-2019 11:27 AM
banyak masa lapang kot acik bawang tu abe aji.. silap org dia DM .

p.s - hawau u abe a ...

Ai em pine wakk...sopo iki yo?

Kamu yg kje mas kt sydney tu yer?

Ke janda abg yg remy ishak rampas!!

Ai em kurius hihihi
Quote cmf_DetConan 18-12-2019 12:21 PM
xpaham la netizen ni..yg dok malaysia acah2 xfasih melayu di idola kan..yg dok oversea masih xlupa ckp melayu dikecam..
Quote Mizlyn 18-12-2019 12:39 PM
ni mesti yg kecam english bagus sgt... yg tak reti english xdonya nak kecam sebab tak faham ape azah ni cakap
Quote seri_mawr 18-12-2019 12:39 PM
mixed replied at 18-12-2019 11:57 AM
kurex minat yg mana anak2 azah

anak dia ke yang baju hitam tu....
iras muka husbanda raja ilya pulak aku tgk...

boleh tahan ruper anak2 dia...
Quote mixed 18-12-2019 01:06 PM
seri_mawr replied at 18-12-2019 12:39 PM
anak dia ke yang baju hitam tu....
iras muka husbanda raja ilya pulak aku tgk...

ya anak sulong tu dah 23 ke 24th umur nya

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048561 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top