Azilah Hadri,yang ketika ini sedang menunggu hukuman gantung mandatori kerana didapati bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, telah membuat dakwaan mengejutkan dari pejara Kajang.
Memetik laporan Malaysiakini, dia mendakwa telah mendapat arahan untuk membunuh Altantuya atas arahan bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak (yang pada ketika kejadian merupakan timbalan perdana menteri) serta rakan baiknya, Abdul Razak Baginda. Sumber foto: Azlan Zamhari (MalaysiaKini.com) Dalam pengakuannya itu, Azilah berkata dia dan pegawai polis Sirul Azhar Umar hanya menuruti arahan iaitu 'shoot to kill' atas tatacara tugasnya sebagai Unit Tindakan Khas (UTK) Polis.
Pengakuan dan segala perincian maklumat terbaru tersebut telah difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan dalam usaha rayuan menyemak semula hukuman mati dan pertuduhan salah terhadapnya. Azilah juga memohon perbicaraan semula untuk mengemukakan bukti penuh mengenai operasi sulit tersebeut di mahkamah terbuka atas alasan 'keadilan dapat ditegakkan'. Pengurusan kes dijadualkan pada esok hari. Jika sebelum ini, Azilah mendapati keterangan tersebut tidak dikemukan semasa prosiding mahkamah. Dalam Akuan Berkanun untuk menyokong permohonannya, Azilah menuduh Najib mengarahkannya untuk 'tangkap dan hapuskan' Altantuya yang digelar sebagai perisik asing dan berbahaya kepada keselamatan negara. "Saya tanya TPM (Najib) apakah maksud tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM jawab 'shoot to kill' sambil tunjuk isyarat potong leher," Petikan Akuan Berkanun. "Apabila ditanya maksud hapuskan mayat perisik, TPM jawab lupus mayat perisik asing dan hilangkan kesan." Selain itu, Najib juga memesan supaya berhati hati dengan Altantuyaa kerana dia penuh tipu helah dan pandai berkata-kata, antara salah satu bahawa dia sedang mengandung. Azilah mengemukakan permohonan semula adalah atas tujuan untuk mempertahankan diri kerana dirinya dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan dan selain untuk menzahirkan perkara sebenar yang telah telah terjadi dalam kes pembunuhan tersebut. "Juga berharap supaya rakan-rakan di UTK dan PDRM secara amnya supaya berhati-hati dalam melaksanakan arahan supaya kes penganiayaan yang telah berlaku terhadap saya tidak berulang lagi," ujar Azilah. Menurut rekod, Najib sebelum ini berulang kali menafikan pernh berjumpa dengan Altantuya malah bersumpah nafi dalam sebuah masjid. Azilah yang merupakan bekas polis itu turut memohon maaf atas penglibatannya dalam operasi yang telah meragut nyawa seorang manusia yang tidak bersalah. "Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada keluarga Altantuya Shariibuu di atas apa yang terjadi kerana saya tiada pilihan dalam waktu tersebut dan hanya menjalankan arahan yang diberikan kepada saya." - CARI Sumber: Malaysiakini |
sarah82: Hahahahahahaha.. La ni.. Aku x kisah.. Yg aku tau keadaan negara ni kena pulih.. Asyik dok ulang benda yg sama sampai AJM kami pilih bangsat2 ni utk m ...
ADVERTISEMENT