Ramai sangat yang bertanya kenapa suka seksi-seksi, pelakon Adeline Tsen ada alasannya. Memetik Media Hiburan, Adeline, 33, turut mengakui lebih yakin diri sejak tubuh menjadi lebih kurus. Katanya, dia mahu mengamalkan gaya hidup sihat memandangkan usia makin meningkat.
"Kita ni semakin berusia, jadi semua itu perlu diambil kira. “Penampilan seksi ni sebab I tak nak nampak tua kalau boleh. Orang pun tak pernah rasa saya ni berusia 30-an, mereka ingat saya seperti 20-an sahaja. Sebab penampilan diri itulah.
“Soal pemakaian, ia biarlah bersesuai dengan majlis,” katanya. Pelakon itu juga menjelaskan dia sudah lali dengan kritikan berhubung penampilan seksinya.
“Yang penting, bapa saya tetap tahu diri saya masih sama seadanya. Soal penampilan itu orang kata don't judge a book by its cover.
“Kalau ada komen melampau tu, saya akan padam. Malah, Instagram pun sudah ada bahagian untuk kita sunting komen yang tidak sepatutnya. Kita boleh setkan,” ujarnya.
Ha, ada yang tak boleh terima ke alasan Adeline tampil seksi sebab tak nak nampak tua? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|