CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Farid Kamil Dibenar Tangguh Hukuman Penjara 9 Bulan

13-12-2019 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4135| Komen: 27

Description: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Farid Kamil menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang dihadapinya atas kesalahan dadah sehingga rayuannya selesai, lapor BERNAMA.
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Farid Kamil menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang dihadapinya atas kesalahan dadah sehingga rayuannya selesai, lapor BERNAMA.

Pertengahan November lalu, pelakon dan pengarah terbabit diperintah menjalani hukuman itu selepas rayuannya terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei lepas ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Penangguhan pelaksanaan hukuman itu dibenarkan dengan syarat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan pasport diserahkan kepada mahkamah.


Kredit foto: The Star

“Bagaimanapun, pemohon (Farid Kamil) boleh memohon pasport diserahkan sementara kepadanya jika ada keperluan,” kata Hakim Yaacob yang mengetuai panel tiga hakim bersama Hakim P. Ravinthran dan Hakim Datuk Abu Bakar Jais.

Permohonan penangguhan itu dibuat peguam Kee Wei Lon sementara kebenaran untuk merayu didengar pada 7 Jan 2020.


Farid atau nama sebenarnya Datuk Farid Kamil Zahari sebelum ini menjalani hukuman penjara itu di Penjara Kajang selepas Mahkamah Majistret menolak permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan.

Namun, 19 Jun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan Farid dan membenarkan pelakon itu menangguhkan pelaksanaan hukuman yang sedang dijalaninya hingga rayuannya selesai.

Mengikut pertuduhan, Farid Kamil didakwa menggunakan dadah dikenali sebagai THC, iaitu ‘11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 4.30 petang, 11 Jan 2018. 

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 13-12-2019 03:00 PM
Ohhh maaiiiii!!!! i pernah cakap beberapa minggu lepas pasal ni..tak mustahil dia ni boleh tangguh hukuman penjara n aman2 sambung buat filem....dahsyatnya kabel
Quote cikatilia 13-12-2019 03:04 PM
untungla special boleh tangguh2


Quote LuvAurora 13-12-2019 03:16 PM
buat apa nak tangguh..nnt lg lama org igt..
Quote AbukRokok 13-12-2019 03:18 PM
wahhh kau sapa?????
bukan bishe bishe nampaknya
Quote dua_chzy 13-12-2019 03:19 PM
Undang2 taik. Selayaknyalah yang hada duit, hada kuasa tatakut buat salah.
Quote fliphair8 13-12-2019 03:36 PM
kesian bini nak tanggung cost turun naik court....kalau hakak sudah mmg ku ceraikan sajer....

huntonglaa bini sejenis chenta matey....
Quote Catpaw 13-12-2019 03:36 PM
{:dot Rule of the jungle sungguh ye kita ni, memalukan
Quote misuke 13-12-2019 03:59 PM
eh eh eh... dabel stendetnyaaaa... skejap tangguh raya. skejap tangguh wat pilem.. senangnya leh tangguh2
Quote sharlenetexas 13-12-2019 04:00 PM
Mana @Kurex ni? Takmo bersandar kat bahu warden penjara nama Abdullah ke?

Tokyid ni tak kena charge sebab tampar penjawat awam ke? Ke lepas camtu je?
Quote Kurex 13-12-2019 04:05 PM
sharlenetexas replied at 13-12-2019 04:00 PM
Mana @Kurex ni? Takmo bersandar kat bahu warden penjara nama Abdullah ke?

Tokyid ni tak kena c ...

taknak la dgn dia...
tapi dulu kan dia masuk majalah mangga, puting pink uols
Quote sharlenetexas 13-12-2019 04:07 PM
Kurex replied at 13-12-2019 04:05 PM
taknak la dgn dia...
tapi dulu kan dia masuk majalah mangga, puting pink uols

Sape puting pink?
Quote Rainrein 13-12-2019 04:08 PM
Bestnye ada kabel besar, senang senang je dok tangguh.
Quote Cassieopeia 13-12-2019 04:19 PM
la tangguh lagi? kalau dari dulu tak tangguh dah nak habis dah. bukan lamapun 9 bln tu. nak rayu ape lagi, dah sah2 ko buat hal kat balai polis kot, tak faham la
Quote JohnnySins 13-12-2019 04:23 PM
dadah musuh negara...penduboq etis sampai la tak mahu memerangi dadah dan ethanol...wakakaakkakakakakakakaka
Quote borrow 13-12-2019 04:29 PM
Edited by borrow at 13-12-2019 04:32 PM

Dulu time heols kena tangkap gigih ai bertenggek kat benang berpagar. Sefaham ai , heols ada 5 tuduhan.

Yg kena penjara 9 bulan ni atas tuduhan amik dadah. Pastu wat rayuan , ditolak. Kena jail jugak. Now tangguh lagi.

Yg kecoh kat balai sampai serang polis masih dlm perbicaraan.


Quote lipans 13-12-2019 04:34 PM
dia ni ahli ppbm ke?
Quote Perawankota 13-12-2019 04:39 PM
Pa's ni dah dah lah mendadih.. X kesian ke dekat bini yg sygkan ko bagai nak rak tu...
Quote cikbawang237 13-12-2019 04:48 PM
apo undang2 camniiii. bukan beshe2 cable dia ni.. silap2 lepas diam begitu saja kes dia ni macam ungka
Quote sukacactus 13-12-2019 09:31 PM
Pelik!
Patut la DD relax je

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.228816 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top