Sudah lama juga kita tidak melihat lakonan terbaru, pelakon cantik Izara Aishah sejak mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid. Namun, nampaknya peminat dapat mengubat kerinduan mereka kerana lakonan terbaru Izara Aishah kini boleh ditonton menerusi naskah terbarunya melalui drama bersiri Ombak Rindu The Series.
Selepas lapan tahun mencetuskan fenomena, Ombak Rindu kini kembali dengan drama bersiri terbaharu Ombak Rindu The Series yang menampilkan barisan baharu pelakon terkenal tanah air seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela, Uqasha Senrose dan ramai lagi. Seperti yang sedia maklum, filem Ombak Rindu sebelum ini pernah menjadi kontroversi kerana terselit beberapa babak romantis melibatkan watak utamanya. Malah, menurut pengarahnya Osman Ali, drama bersiri ini juga tidak ‘lari’ daripada babak-babak tersebut. Bagaimanapun, ianya dihadkan mengikut permintaan para pelakon termasuk Izara yang memegang watak sebagai Izzah. Jaga Hati Suami Dan Keluarga Menurut Izara, dia sedia maklum mengenai babak-babak di dalam drama ini terutamanya melibatkan babak romantis dengan rakan teraju utamanya, Remy Ishak. Namun, Izara meletakkan syarat untuk tidak melakukannya adegan tersebut secara berlebihan kerana perlu menjaga hati suami, Adib Khalid dan kedua-dua belah keluarganya. “Sebagai pelakon berstatus isteri, saya perlu menjaga hati suami dan keluarga. Ia juga syarat saya berikan kepada produksi sebelum bersetuju memegang watak Izzah. "Asalkan tidak keterlaluan, saya tiada masalah untuk lakonkan babak tersebut," ujarnya memetik Murai.my Tambahnya, Osman sangat memahami perkara itu dan menghormati permintaan Izara. Bermula 5 Disember lalu, Ombak Rindu The Series dengan empat episod kesinambungan dari filemnya disiarkan secara percuma di Iflix yang berdurasi selama 90 minit bagi setiap episod. Bolehlah para peminat melepaskan rindu pada Izara. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|