CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Telan Syiling Nak Mengelat Buat Kerja Sekolah

9-12-2019 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4270| Komen: 8

Mahu 'mengelat' dari menyiapkan kerja sekolahnya, kanak-kanak berusia lapan tahun bertindak menelan sekeping syiling pada 2 Disember lalu.

Memetik AsiaOne, budak lelaki dari Hunan, China itu mula mengerjakan kerja sekolahnya selepas makan malam, namun masih belum menyiapkannya walaupun sudah jam 11 malam.


Berkata kepada media tempatan, dia cemburu apabila mendengar kanak-kanak lain sedang seronok bermain di luar rumah.

Malangnya, ibunya tidak membenarkan dia keluar bermain selagi tidak menyiapkan kerja sekolahnya.


Kredit foto: AsiaOne/Weibo

Terdesak mahu 'lari' dari mengerjakan kerja sekolahnya, kanak-kanak itu menelan sekeping syiling bernilai 1 yuan (RM0.60).

Kanak-kanak itu kemudian memberitahu tindakannya itu kepada ibu bapanya dengan harapan 'terlepas' dari menyiapkan kerja sekolahnya.

Bagaimanapun, ibu bapanya panik dengan keadaan anak mereka membawa budak itu ke hospital, di mana hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan koin itu di dalam perut kanak-kanak berkenaan.



Kredit foto: AsiaOne/Weibo

Dr Shen Yueming berkata, koin itu berjaya dikeluarkan menggunakan alat endoskop.

Bulan lepas, seorang wanita mengalami serangan jantung akibat terlalu tertekan ketika menerangkan cara menyelesaikan masalah matematik kepada anaknya. - CARI




Bagus

Marah
7

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-12-2019 02:14 PM
Ko dah knp dik? Cita2 nak jadi tabung Hello Kitty kah?
Quote fliphair8 9-12-2019 02:31 PM
PRC dan ngelat...benda biasa
Quote keknaih 9-12-2019 02:53 PM
diharapkan lepas kau telan duit syiling tu, kau akan tau apa yg kau buat ni  lagi seksa dari buat keja sekolah
Quote Artemesiaa 9-12-2019 03:09 PM
Nasib berjaya dikeluarkan jadi macam ni pasti mak pak tambah marah
Quote Kurex 9-12-2019 03:19 PM
bukan leluhur ni rajin ke seperti digempar-gempurkan
Quote chicozinn 9-12-2019 10:43 PM
PRC..what to do...ummah merebak cm kuman di seluruh dunia ni..
Quote i_is_kennot 12-12-2019 04:24 PM
Uiksss.. Luar biasa punya alasan ni.. apakah?
Quote clarizsa 13-12-2019 01:43 AM
Yg last tu hahahah i can relate lah
Tertekan jugak tiap kali ajar anak i math

Dan buat homework apa smpai kul 11 mlm
Tido je lah atau biar je bdk tu main2 dulu

Stress btul

I tggu anak buat hmwrk lebih 2 jam pun dah rimas
Klu x siap sambung je esok

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.094370 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top