Tengah 'meletup-letup' nama Hairul Azreen disebut disebabkan filem Wira yang dibintanginya. Memang hebat sambutan untuk filem tersebut katanya. Dah tengok ke? Di rumah, Hairul juga merupakan seorang wira kepada isterinya, Hanis Zalikha.
Mana tidaknya, sanggup berkorban tidur demi nak jaga anak mereka, Alisa Aisyah yang celik pada pukul 4 pagi. "Wira kami. Bangun berjaga malam sebab Alisa celik 4 pagi," tulis Hanis melalui Instagram. Beberapa keping gambar aksi anak-beranak ini dimuat naik.
Di ruangan komen, ramai yang puji Hairul adalah seorang suami dan bapa yang sangat penyayang. Ramai pula yang jadikan pasangan ini sebagai idola, tak kiralah dari segi keharmonian rumah tangga atau pun cara mereka didik anak.
Beberapa personaliti dan rakan artis pun tak ketinggalan dalam memuji kecomelan anak mereka termasuk Uyaina Arshad, Neelofa dan Shiera Joy. Biasalah tu, isteri mestilah puji suami mereka yang terbaik kan? Takkan nak puji suami orang pula. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|