Dah lunyai asyik kena kutuk sahaja! Walaupun bergelar penyanyi, namun ramai yang kata suara Nabila Razali sumbang. Sedar dengan kelemahan dirinya, Nabila akhirnya telah mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyiannya.
"Tak dinafikan saya ikuti kelas vokal kerana suara saya selalu dikritik netizen sebelum ini. "Saya harus perbaiki kelemahan diri dan semestinya tidak mahu perkara sama berulang lagi. Bagi saya, kalau saya lakukan sesuatu untuk peminat, saya akan lakukan yang terbaik," katanya kepada Gempak.
Tambahnya, latihan vokal yang diterimanya membuatkan dia semkain selesa dan melakukannya untuk kebaikan diri sendiri. "Lama-kelamaan, saya rasa selesa mengikuti kelas vokal dan sekarang saya lakukannya lebih kepada mencari kebaikan untuk diri sendiri, bukan disebabkan kritikan orang ramai semata-mata," tambahnya. Baguslah, sekurang-kurangnya Nabila ada inisiatif. Kita tunggu sahajalah lagu baharu daripadanya. Mana tahu suara dah jadi semakin mantap, kan? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|