CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Banjir, Budak 4 Tahun Alami Pendarahan Teruk Lintah Masuk Dalam Kemaluan

5-12-2019 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8885| Komen: 43

Description: Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anaknya mengalami pendarahan teruk akibat gigitan lintah.
Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anaknya mengalami pendarahan teruk akibat gigitan lintah.

Siti Hariaty Bee Ismail, 36, mendakwa hanya menyedari keadaan anaknya itu selepas ternampak kesan darah pada seluar Nur Adriana Bee Zulkarnain, 4.



Gambar hiasan

Katanya, lintah dipercayai masuk ke dalam kemaluan mangsa ketika bermain banjir di rumahnya di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang.

“Doktor kata kalau saya terlambat, anak saya mungkin mengalami pendarahan yang teruk dan boleh membawa maut.

“Pada mulanya saya sangka ia hanya luka biasa namun selepas diperiksa, saya terkejut apabila melihat darah keluar dengan banyak (pada kemaluan) dan mula mengesyaki lintah masuk di bahagian itu.

“Apa yang saya pelik dia langsung tidak menangis dan tidak berasa sakit,” katanya kepada Berita Harian.



Foto: BH Online

Mengimbas kejadian, Siti Hariaty berkata anaknya kelihatan pucat sejak dua hari lalu mungkin kerana kehilangan banyak darah.

Ibu tiga anak itu mengesyaki lintah masuk ketika anaknya bermain banjir berhampiran rumah pada Ahad lalu.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke klinik berhampiran dengan bantuan bomba yang dihubungi jirannya kerana rumah mereka sudah terperangkap dengan banjir.

Pihak klinik berkenaan bagaimanapun mengarahkan mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan segera.

Pemeriksaan di hospital mendapati terdapat kesan gigitan di bahagian dalam punggung kanak-kanak itu.

Siti Hariaty bersyukur anaknya selamat dan dibenarkan pulang jam 2 petang semalam. - CARI
1

Bagus

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 5-12-2019 12:18 PM
aaaa yayayayaiiiiiiimad:

benda ni paling aku geli masuk plak kt situ
Quote Boomibulat 5-12-2019 12:23 PM
Nasib baik mak dia syak awal2 klu terlambat abis..mgkn mak dia ada pengalaman jgk dulu
Quote Artemesiaa 5-12-2019 12:27 PM
Sebab tu ada yang melarang main air banjir tapi masih ramai berdegil gigih nak main air banjir juga  macam kat water park kan dah terbukti membahayakan.
Quote orgsepang 5-12-2019 12:28 PM
Alahai, kasihan adik ni tapi tahan sakit sungguh dia ni.
Quote bulan_gerhana 5-12-2019 01:28 PM
alahai.. air banjir tu bukan air sungai yg suci murni mengalir tu... air banjir tu dah bercampur dgn segala mende.. harus la ade bendasing ... hebahan dah dibuat .. risiko2 air banjir... sedar lah wahai akak2 mak mak sekalian... mujur dpt diselamatkan... moga semua dipermudahkan..
Quote MissVixen 5-12-2019 01:32 PM
meremangggg. Benci betol aku tengok pacat dan lintahhhhh. dah la air banjir tu keruh, bukan nampak dia datang berenang.
Quote minahmanja 5-12-2019 01:39 PM
umur baru 4thn mak dia bg pulak main banjir ...
Quote paz 5-12-2019 01:53 PM
Adoi takutnya. Tak usahlah berkubang kat kawasan banjir.
Quote cupu 5-12-2019 01:55 PM
minahmanja replied at 5-12-2019 01:39 PM
umur baru 4thn mak dia bg pulak main banjir ...

Mesti dia main tepi2 air je..lintah ni dia dok birai air je..klu sungai dia dok menyelit tepi2 daun kat tebing...aku biasa sgt sbb ms kecik selalu main sungai kt kg.nk selamat main tengah2..tp mmg kn ht2 gak.pnh sepupu masuk lintah kat kemaluan ni..mmg darah byk..ubat paling cepat mkn belalang goreng.
Quote LadyCarefree 5-12-2019 02:02 PM
bulan_gerhana: alahai.. air banjir tu bukan air sungai yg suci murni mengalir tu... air banjir tu dah bercampur dgn segala mende.. harus la ade bendasing ... hebahan ...


Geli gila kot dengan air banjir dngan campur taik lagi.
Quote DayangKirana 5-12-2019 02:06 PM
cupu replied at 5-12-2019 01:55 PM
Mesti dia main tepi2 air je..lintah ni dia dok birai air je..klu sungai dia dok menyelit tepi2 dau ...

errkkk..makan belalang goreng?
iols pernah tengok orang makan belalang kunyit..sedap katenye..lemak2..
Quote Pakis 5-12-2019 02:46 PM
Ngerinyaa. {:cryrun
Quote Redskin 5-12-2019 02:55 PM
Itu ler lain kali anak tu main air atau
mandi sungai pakaikan underwear,
baik budak pompuan mahupon lelaki.

Takkan maknya tak tahu, tak pernah dengar
Dah banyak kes lintah masuk dlm pantat
bukannya budak kecik, pompuan besar pon
biasa kena kalo mandi cuma pakai kain.
Quote buapakperut 5-12-2019 03:01 PM
sebab tu jangan biar anak main banjir kak, macam2 penyakit, binatang ada dalam air tu, iol masa kecik pun geli tengok air banjir bawah rumah, pikirkan najis kat lubang tanah tu mesti keluaq
Quote Minami2013 5-12-2019 04:43 PM
Dulu masa kecik2 teringat satu cerita yg perempuan tu keje kat sawah sekali perut kembung. Org kampung kata dia mengandung padahal tak kahwin lagi. Sampai ke sudah kena jwab fitnah org kampung yg suke membawang. Sekali rupa2 nya lintah yg beranak pinak dlm perut dia
Quote MissLana 5-12-2019 04:43 PM
lintah gigit tak gatal mcm pacat ke uols?
Quote Atata 5-12-2019 04:47 PM
cupu replied at 5-12-2019 01:55 PM
Mesti dia main tepi2 air je..lintah ni dia dok birai air je..klu sungai dia dok menyelit tepi2 dau ...

Punyala khusyuk baca sekali tokojut den baca last part suruh makan belalang goreng arrrrrrrr
Quote LuvAurora 5-12-2019 05:04 PM
Minami2013 replied at 5-12-2019 04:43 PM
Dulu masa kecik2 teringat satu cerita yg perempuan tu keje kat sawah sekali perut kembung. Org kampu ...

dah tu cemana? dia hidup lagi ka? gelinya benda tu beranak pinak..
Quote Skuau 5-12-2019 05:16 PM
Artemesiaa replied at 5-12-2019 12:27 PM
Sebab tu ada yang melarang main air banjir tapi masih ramai berdegil gigih nak main air banjir juga  ...

itu bkn water park(kalo ada lintah la)...itu dh water f*ck...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.198995 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top