Seorang lelaki di China meninggal dunia ketika sesi temuduga, lapor AsiaOne. Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu sedang menjawab soalan yang diajukan sebelum dia tiba-tiba rebah atas meja, tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian 26 November itu, mangsa kemudian dikejarkan ke hospital di Hangzhou, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia akibat serangan jantung. Difahamkan, ketika beberapa penemu duga menghampiri untuk memeriksa keadaannya, mereka dapati lelaki itu terkencing dalam seluar sebelum menghubungi ambulans. Berkata kepada media tempatan, mereka percaya mangsa sering melakukan kerja lebih masa di syarikat lamanya yang menjadi punca dia berhenti dan mencari pekerjaan baru. Menurut laporan kesihatannya, lelaki itu juga dikatakan ada rekod tekanan darah tinggi. Dua minggu sebelum kejadian itu, seorang pesakit yang mengalami serangan jantung meminta untuk keluar hospital lebih awal dengan alasan perlu menyiapkan banyak tugasan yang masih terbengkalai. - CARI
|
Skuau replied at 5-12-2019 05:31 PM
lu mati..wa angkat lain olang- majikan.
JohnnySins replied at 5-12-2019 09:22 PM
betui....wakakakakakakakakakkakakakakakkaka
dino replied at 6-12-2019 08:58 AM
so jgn la loyal sgt... keje kena keraj cam lembu ni company bangsa dap jah haha
JohnnySins replied at 6-12-2019 10:11 AM
betui...saya prcaya dalam website ni yg ada pengalaman yang sama pasti akan setuju....dan isu chin ...
dino replied at 6-12-2019 10:45 AM
company omputih biasanya takde environment toxic.. takde bos goyang kaki bg arahan lat staff... b ...
ADVERTISEMENT