CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dia Tolak Macam Tu Je.." - Ibu Bapa Biar Anak Membuli Di Taman Permainan Awam

5-12-2019 11:01 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 8222| Komen: 24|Original author: Oleh: intan

Naluri seorang kanak-kanak pasti ingin sentiasa bermain dan bergembira bersama rakan-rakan. Tambahan, kanak-kanak yang sedang membesar boleh tahan juga lasaknya. 


Kalau ke gedung membeli-belah, pasti ada tempat permainan khas disediakan untuk kanak-kanak. Seperti kata pepatah, 'malang tidak berbau', pasti ada saja perkara berlaku jika anak tidak dipantau ketika sedang seronok bermain.


Menerusi Facebook Siti Nurafiqah, beliau berkongsi peristiwa saat anaknya ditolak seorang kanak-kanak lain ketika sedang menaiki permainan gelongsor. Kanak-kanak tersebut dilihat dengan sengaja menolak anaknya dari atas gelongsor sehingga hampir jatuh ke bawah.



Nasib baik ada seorang lelaki sempat menyambut anaknya itu sebelum betul-betul jatuh ke lantai. Peristiwa tersebut sempat dikongsi wanita tersebut kerana kebetulan dia merakan video aksi anaknya sedang bermain.


Dia menceritakan situasi cemas itu ketika sedang khusyuk merakam momen anaknya bermain dan secara tiba tiba, ada seorang budak lelaki menolak anak lelakinya itu sehingga jatuh.

Netizen yang melihat video tersebut rata-rata mengecam tindakan ibu-bapa yang seolah-olah tidak memantau anak-anak ketika bermain sehingga sanggup mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Mak bapak yang patutnya pantau anak-anak..


Dia sama sekali tidak menyangka kanak-kanak tersebut akan menolak anaknya tanpa sebarang sebab. Mujur ada yang menyambut sebelum keadaan menjadi lebih parah. Malah, ibu-bapa kanak-kanak tersebut tidak datang memohon maaf mengenai insiden tersebut. 

Dalam pada itu, wanita tersebut sempat menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak ketika bermain di tempat awam.

Anda ada pengalaman seperti ini? Kongsikan kepada kami. - CARI
2

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Elanarose

  • Terkejut

    Anonymity

  • sonet18

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 5-12-2019 11:35 AM
Calon beskal.lajakkk
Quote Kurex 5-12-2019 11:54 AM
jenis tak faham la mak ayah yg suka merekod anak dorang lepas tu post dgn caption "anak mami panjat hari ni setelah mami kepenatan layan karenah khaleef". see, kalau kau tak rekod, kau pun sempat sambut anak kau...
Quote yuki812 5-12-2019 12:00 PM
ni jenis mak pak baru ank sorg..giler socmed merekod xtvt anak..pastu post bgtau seluruh alam ttg ank ko. kalau aku jadi yg tukang sambut tu..aku akan marah ko dulu..sblm aku marah bdk tu. apa sibuk merekod pulak..
Quote rosli_nurizzati 5-12-2019 12:02 PM
tempat mcm ni bukan tempat nk rekod,, or biar anak main smbil kita main telefon.. kalau aku bawak anak aku, abes pecah peluh aku... ikut ja anak.. hang nak salahkan budak lain pun salah, budak apa depa tau.. ada jenis kasar... so pantau and pantau.. tapi kalau ada budak lain tolak lagutu, aku jegil ja.. hahaha.. bgi takut.. dalam kes ni, both parent problem, sorang kalut merekod, sorang lagi pi dok celah mana main telefon biaq anak main sendiri...
Quote Artemesiaa 5-12-2019 12:07 PM
Mesti dia dah biasa buat macam tu sebab tu dia berani bertindak sebegitu.  Budak2 cerminan ibubapa kalau dia bertindak tidak tidak wajar tanggungjawab ibubapa untuk menegurnya.  Sebab tu bila meneman anak bermain betul2 teman dia bukanya teman handphone.
Quote palmolive 5-12-2019 12:08 PM
nak rekod gak sila pakai Go Pro, lekat kt dahi..pahtu membebel la anak mami anak mami
Quote rospinki 5-12-2019 12:09 PM
mak2 bbnu
bagi can lah
dah bgitu trend media skrg
anak2 main kt playgorund ni macam kena rasok
biaroler diorg mcm tak igt dunia
aku dulu bole kata blik keja bawak anak pi giant merempan lah diorg bepeluh2 baru bawak blik
smpi satu ketika..anak aku yg sulong tu kata..'mak akak dh besar  tak lepas kt gelongsor tu lg' hahaha adik2 dia pulak sakan
Quote kucingitam 5-12-2019 12:41 PM
bila aku tak bawa anak gi playgoriund sbb gini, kawan2 aku ejek tau, kata kesian anak aku x bercampur dgn org..eh..eh..eh..

aku bg anak aku main playground, kalau tak ramai budak. ada sorang dua je ok..kalau dah ramai2 dtg, aku ajak anak aku balik la..
Quote prettyuglybabe 5-12-2019 01:06 PM
dia pun sama hp berjahit kat tangan..
ajar juga anak tu tunggu orang depan lepas naik dulu baru panjat..
ni orang depan lom lepas kaki tangan anak dia dah merabai tempat orang tu pijak..
dah la yang depan budak pompuan pakai skirt..
didik anak jadi gentlemen sikit..
Quote MFR_IN 5-12-2019 01:12 PM
nak expect apa kalau dah main tmpt ramai bdk2. yang gatal pi merekod kenapa. tgk ja la anak tu. kalut sgt nk merekod, last2 jadi mcm ni di salahkan org lain lak. nk viral sgt. mujur uncle tu sempat sambut.
Quote julielapadite 5-12-2019 02:08 PM
Kurex replied at 5-12-2019 11:54 AM
jenis tak faham la mak ayah yg suka merekod anak dorang lepas tu post dgn caption "anak mami panjat  ...

ya rabbi kat fesbuk tu dah jadi mcm diari dorg nox..

harini khaleef makan spaghetti ogglio omonoloololology mummy buat...
harini khaleef berjaya panjat tangga
harini khaleef berjaya bernapas
harini khaleef tido lewat 2 saat dari hari kebiasaan


blerghhhh. ko takde keje sgt jadi surirumah pun jgn buat hidup org lain rengsa.
Quote julielapadite 5-12-2019 02:10 PM
kucingitam replied at 5-12-2019 12:41 PM
bila aku tak bawa anak gi playgoriund sbb gini, kawan2 aku ejek tau, kata kesian anak aku x bercampu ...

same... kalau nak bawa pun time takde org sgt sbb budak2 pun perangai byk jenis. daripada aku libas anak org lebih baik pegi time dorg takde.
Quote cikbawang237 5-12-2019 02:16 PM
bg aku both mak salah, yg ni sibuk dgn fon. yg budak tu maybe jenis kasar, patut mak budak tu kene minta maaf.  budak tu tak salah, akal tak cukup lg uolssss, mak budak tu la yg berakal patut ajar and minta maaf
Quote emily.topaz 5-12-2019 02:28 PM
Jgn la takut bawak anak2 main kat playground. Dpt dorang improve their social skills. But as parent, jgn husnozon sgt anak ko ok, kalau dia tak tolak, budak lain yg tolak dia...
Quote Supersirap 5-12-2019 02:28 PM
Nasib baik ada orang sambut, semoga kesemua ibu bapa mengambil iktibar serta perhatian terhadap perkara ini
Quote HujanBatuTiga 5-12-2019 03:25 PM
Kesian mak2 zaman sekarang serba tak kena. Btw, yang tolak bukan girl tu tp ada sorang lagi budak atas tu.
Quote djzara81 5-12-2019 04:15 PM
What do u expect? Kt playground mmg lah bdk2 buas, panjat, lompat sana-sini, tolak bdk2. Tak pnh jumpa bdk2 sopan santun kt playground. But aku tak sokong rude behaviour yerr. Aku pnh tegur nicely kt bdk2 yg rude kt anak2 aku at the playground. Tak perlu nak record bagai la makcik pakcik semua.
Quote Mulotkoyak 5-12-2019 07:15 PM
1. Bukan tempat utk merekod memanjang
2. Bdk tu td ak akan lepuk suh turun htr kat mak pak die. Sbb sgt kurang ajar xreti adab bermain.
Quote giyomi 5-12-2019 08:19 PM
sendiri salah tak pantau sibuk nak rekod wl dah berkali2 bagi peringatan. yg mak bapak lagi satu pulak klu tgk pon kata, biar lar budak2, jom syg kita wat anak lagi. phuiiiii

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047359 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top