CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sampai 10 Orang Bomba Angkat Lelaki 200 KG, "Ambulans Pun Tak Muat"

4-12-2019 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5820| Komen: 24

Parah, keadaan seorang lelaki obesiti yang mengalami berat badan 200 kg dilaporkan mengalami sesak nafas di rumahnya di sebuah pangsapuri di Farlim, Ayer Hitam, Georgetown semalam. 


Ia menyebabkan seramai 10 orang anggota bomba diperlukan bagi mengangkat mangsa dari tingkat 9 rumahnya. 

“Kita berjaya membawa turun lelaki itu dengan menggunakan selimut khas dan kerusi roda, bagaimanapun dia tidak dapat dihantar ke hospital menaiki ambulans EMRS kerana tidak muat.

Foto: Harian Metro
“Kita terpaksa menunggu ambulans lain yang lebih besar untuk membawa lelaki itu ke hospital,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Penolong Penguasa Bomba Muzamer Mohd Salleh.

Katanya lagi, lelaki itu diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans lain. 

Difahamkan, mangsa M Balaji, 52 pernah terjatuh pada 2010 ketika berjalan ke atasnya sehingga memaksa 10 anggota bomba untuk mengangkat badannya yang seberat 300 kg ketika itu untuk ke hospital. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissLana 4-12-2019 04:24 PM
Anak2 dah boleh ikhtiar carik jln ayah tu letak kt rumah tingkat bwh, kesiannya dah la sakit pastu rasa menyusahkanorg pulakkk. Nak mohon suruh diet or bersenam mesti risiko jgk atas faktor usia
Quote LadyCarefree 4-12-2019 07:21 PM
MissLana: Anak2 dah boleh ikhtiar carik jln ayah tu letak kt rumah tingkat bwh, kesiannya dah la sakit pastu rasa menyusahkanorg pulakkk. Nak mohon suruh diet o ...


Kena buat gastric bypass dn bawah pengawasan doktor jaga pemakanan
Quote Perawankota 4-12-2019 07:30 PM
Sedihnya dgr kes3 mcmni... X tau nak salahkan saapa
Quote kivio 4-12-2019 07:48 PM
Kepada anak-anak yang masih muda dan sihat, mohon jaga kesihatan dan pemakanan.
Kalau jadi camni, menyusahkan orang ramai.
Quote tikusmontok 4-12-2019 07:53 PM
LadyCarefree replied at 4-12-2019 07:21 PM
Kena buat gastric bypass dn bawah pengawasan doktor jaga pemakanan

Kalau ada bakat nyanyi mcm kak ecah boleh la..tinggi gak kos operasi
Quote prettyuglybabe 4-12-2019 08:03 PM
kesian abang-abang bomba tu..
dah la cekeding je..
Quote LadyCarefree 4-12-2019 09:44 PM
tikusmontok replied at 4-12-2019 06:53 PM
Kalau ada bakat nyanyi mcm kak ecah boleh la..tinggi gak kos operasi

Wani tu disponsor alepsokree katanya tp diguna untok promote jus kurus dia
Quote SalenaGomez 4-12-2019 10:35 PM
LadyCarefree replied at 4-12-2019 09:44 PM
Wani tu disponsor alepsokree katanya tp diguna untok promote jus kurus dia

Itulah...SG pon kesian tgk...dipaksa2 wani tu berdiri...rasanya x boleh simply suruh wani tu berdiri...kalau injured lutut lg susah
Quote KIM.K 5-12-2019 05:07 AM
Dalam gambar tak nampak berat sangat
Kesian dia 10 tahun lepas lagi berat, turun 100kg dah tu
Quote batmana 5-12-2019 08:43 AM
bukan masalah berat sgt ni, tapi maasalh pangsapuri tu sempit, nk angkat 2,3 org susah nk lalu.

klu pndai gune teknik, 2 org je leh angkat, tapi sempit punya psl, susah jadinya

_.webp
Quote diss69 5-12-2019 09:47 AM
batmana replied at 5-12-2019 08:43 AM
bukan masalah berat sgt ni, tapi maasalh pangsapuri tu sempit, nk angkat 2,3 org susah nk lalu.

k ...

Ye laa  nmpk pada gmbr tu xada besar sngt...
Quote chinta89 5-12-2019 10:29 AM
semoga urusan dipermudahkan. Amin.
Quote Lolalala 5-12-2019 10:43 AM
LadyCarefree replied at 4-12-2019 09:44 PM
Wani tu disponsor alepsokree katanya tp diguna untok promote jus kurus dia

Win win situation la tu. Wani tu dapat turun berat free, atok tu dpt sale.
Quote paz 5-12-2019 11:23 AM
Bila ada berita macam ni, takut betul.

Kena control makan ni.
Quote LadyCarefree 5-12-2019 11:53 AM
Lolalala replied at 5-12-2019 09:43 AM
Win win situation la tu. Wani tu dapat turun berat free, atok tu dpt sale.

Masalahnya alep menipu
Quote LadyCarefree 5-12-2019 12:08 PM
SalenaGomez replied at 4-12-2019 09:35 PM
Itulah...SG pon kesian tgk...dipaksa2 wani tu berdiri...rasanya x boleh simply suruh wani tu berdi ...

Sebelum ni tetiba semua kena hiking. Tp iols ghaser drama je tu. Hiking skit je untok ambik video je.
Quote elzy 5-12-2019 12:18 PM
Bukan nak kata apa, kadang-kadang orang berbadan besar melampau ni bila kita nasihatkan supaya kurangkan makan atau jaga kesihatan dir, mereka akan kata bukan masalah ko, aku gemuk aku punya pasal. Bila jadi macam ni menyusahkan orang ker idak?
Fikir-fikirkan laaa ..
Quote RinIna 5-12-2019 02:24 PM
KIM.K replied at 5-12-2019 05:07 AM
Dalam gambar tak nampak berat sangat
Kesian dia 10 tahun lepas lagi berat, turun 100kg dah tu

itula.. tengok dalam gambar mcm x lah gemuk sangat..
Quote SalenaGomez 5-12-2019 09:02 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2019 12:08 PM
Sebelum ni tetiba semua kena hiking. Tp iols ghaser drama je tu. Hiking skit je untok ambik video  ...

Kan...mmg nampak nau promot barang dan resort nya...kalau x silap tok lip kata 3 weeks program nya...apa laa sgt...ingat kan nak buat mcm biggest loser tu...tp tulah tok lip pon c sanggup nak keluar kos byk kalau lama sgt kan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050988 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top