CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4477|Reply: 22

[Tempatan] 10 orang bomba angkat lelaki 200kg,ambulan pun tak muat

[Copy link]
Post time 4-12-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 4-12-2019 02:49 PM

10 anggota bomba angkat lelaki obesiti

Hadzlihady Hassan
[email protected]

ANGGOTA bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengangkat lelaki yang mengalami masalah obesiti dengan berat badan 200 kilogram (kg) selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di sebuah pangsapuri di Farlim, Ayer Itam, Georgetown semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Penolong Penguasa Bomba Muzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pusat operasi MERS 999 pada 12.33 tengah hari yang memaklumkan terdapat lelaki obesiti mengalami sesak nafas dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, 10 anggota bomba diperlukan untuk mengangkat lelaki berusia 52 tahun itu dari tingkat 9 rumahnya.

“Kita berjaya membawa turun lelaki itu dengan menggunakan selimut khas dan kerusi roda, bagaimanapun dia tidak dapat dihantar ke hospital menaiki ambulans EMRS kerana tidak muat.

“Kita terpaksa menunggu ambulans lain yang lebih besar untuk membawa lelaki itu ke hospital,” katanya ketika dihubungi.

Muzamer berkata, lelaki itu diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans lain serta dipantau pasukan pegawai perubatan.

Lelaki itu, M Balaji, 52, pada 2010 pernah terjatuh ketika berjalan ke tandas rumahnya sehingga turut memaksa 10 anggota bomba mengangkat tubuhnya yang ketika itu seberat 300 kg untuk dibawa ke hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Disember 2019 @ 2:12 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 04:24 PM | Show all posts
Anak2 dah boleh ikhtiar carik jln ayah tu letak kt rumah tingkat bwh, kesiannya dah la sakit pastu rasa menyusahkanorg pulakkk. Nak mohon suruh diet or bersenam mesti risiko jgk atas faktor usia
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
MissLana: Anak2 dah boleh ikhtiar carik jln ayah tu letak kt rumah tingkat bwh, kesiannya dah la sakit pastu rasa menyusahkanorg pulakkk. Nak mohon suruh diet o ...


Kena buat gastric bypass dn bawah pengawasan doktor jaga pemakanan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya dgr kes3 mcmni... X tau nak salahkan saapa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 07:48 PM | Show all posts
Kepada anak-anak yang masih muda dan sihat, mohon jaga kesihatan dan pemakanan.
Kalau jadi camni, menyusahkan orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 4-12-2019 07:21 PM
Kena buat gastric bypass dn bawah pengawasan doktor jaga pemakanan

Kalau ada bakat nyanyi mcm kak ecah boleh la..tinggi gak kos operasi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2019 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian abang-abang bomba tu..
dah la cekeding je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 4-12-2019 06:53 PM
Kalau ada bakat nyanyi mcm kak ecah boleh la..tinggi gak kos operasi

Wani tu disponsor alepsokree katanya tp diguna untok promote jus kurus dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 4-12-2019 09:44 PM
Wani tu disponsor alepsokree katanya tp diguna untok promote jus kurus dia

Itulah...SG pon kesian tgk...dipaksa2 wani tu berdiri...rasanya x boleh simply suruh wani tu berdiri...kalau injured lutut lg susah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam gambar tak nampak berat sangat
Kesian dia 10 tahun lepas lagi berat, turun 100kg dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 08:43 AM | Show all posts
bukan masalah berat sgt ni, tapi maasalh pangsapuri tu sempit, nk angkat 2,3 org susah nk lalu.

klu pndai gune teknik, 2 org je leh angkat, tapi sempit punya psl, susah jadinya

_.webp
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 5-12-2019 08:43 AM
bukan masalah berat sgt ni, tapi maasalh pangsapuri tu sempit, nk angkat 2,3 org susah nk lalu.

k ...

Ye laa  nmpk pada gmbr tu xada besar sngt...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 10:29 AM | Show all posts
semoga urusan dipermudahkan. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 4-12-2019 09:44 PM
Wani tu disponsor alepsokree katanya tp diguna untok promote jus kurus dia

Win win situation la tu. Wani tu dapat turun berat free, atok tu dpt sale.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 11:23 AM | Show all posts
Bila ada berita macam ni, takut betul.

Kena control makan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 5-12-2019 09:43 AM
Win win situation la tu. Wani tu dapat turun berat free, atok tu dpt sale.

Masalahnya alep menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-12-2019 09:35 PM
Itulah...SG pon kesian tgk...dipaksa2 wani tu berdiri...rasanya x boleh simply suruh wani tu berdi ...

Sebelum ni tetiba semua kena hiking. Tp iols ghaser drama je tu. Hiking skit je untok ambik video je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 12:18 PM | Show all posts
Bukan nak kata apa, kadang-kadang orang berbadan besar melampau ni bila kita nasihatkan supaya kurangkan makan atau jaga kesihatan dir, mereka akan kata bukan masalah ko, aku gemuk aku punya pasal. Bila jadi macam ni menyusahkan orang ker idak?
Fikir-fikirkan laaa ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 02:24 PM | Show all posts
KIM.K replied at 5-12-2019 05:07 AM
Dalam gambar tak nampak berat sangat
Kesian dia 10 tahun lepas lagi berat, turun 100kg dah tu

itula.. tengok dalam gambar mcm x lah gemuk sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 5-12-2019 12:08 PM
Sebelum ni tetiba semua kena hiking. Tp iols ghaser drama je tu. Hiking skit je untok ambik video  ...

Kan...mmg nampak nau promot barang dan resort nya...kalau x silap tok lip kata 3 weeks program nya...apa laa sgt...ingat kan nak buat mcm biggest loser tu...tp tulah tok lip pon c sanggup nak keluar kos byk kalau lama sgt kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058647 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list